Tuesday, April 17, 2012

..: Raisha dan KLIA :..

Ni masa hantar mak nora dengan abah kat KLIA hari tu. Geram dengan si kecik sorang ni. Selalunye pantang nampak aku halakan henpon kat dia, mesti dah posing siap dah. Dengan "pish" dia tu. Tapi kali ni susah betul nak duduk diam. Habes dia dok lari lari pusing pusing ukur KLIA tu. 




 Uruskan bagasi mak abah dulu. Mereka ikut rombongan Andalusia Travel. 



Yang tengah tengah tu, kalau korang pernah baca blog aku ni dulu, itu adalah abang. Kami panggil dia abang. Dia tak sihat sangat sekarang ni. Bila tengok balik gambar gambar dia dulu memang berbeza sangat. Sedih tengok dia. Tapi semangat dia kuat nak hantar mak dengan abah. Kami sentiasa doakan abang akan sihat kembali seperti sediakala...



Okeh, mari kita tengok si kecik nih pulak.






Masa ni kat menara tinjau tu. Tengok betapa susahnya nak amik gambar dia. Semua bergoyang jek. Sebab dia memang tak reti duduk diam. Nak berlariiiiii jek. 




Jom tengok video dia plak


video
..: *pekakkan telinga dari suara latar yang kasar itewwww...* ;p
ouh, dan maaf kalau kepala korang terpaksa ditelengkan. heheee :..


Geram tak? Geram tak? Aku rasa nak picit picit je budak ni tau! Geram eishhhh....!

Ada lagi 2-3 video dia. Nanti aku upload lagi yek.


Daa.... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)