Thursday, September 12, 2013

..: kenapa laaaa dengan aku hari nih! :..


Aku pun pelik.


Pelik 1: Aku taktau kenapa pagi tadi aku berbedak bagai. Sebelum ni aku memang tak gheti nak tenyeh tenyeh mekap ke ape kat muka. Pakai krim fair & lovely tu jek. Pastu pakai tudung. Dah siap.

Pelik 2: Parking kat opis ni kalau datang lambat memang la penuh. Aku selalu parking block je la mane mane asal boleh. Asal tak kacau laluan orang. Dah elok parking tetiba nampak ada satu petak kosong. Depan petak tu pun dah ada keta block jugak. Tapi tak kacau la petak tu. Aku pun nak try la masuk dalam parking tu. Tak lepassss! Hahahahaaa.... Besenye parking ni aku takde masalah sangat. Tapi hari ni ntahhhhh....! Sudahnye aku parking balik kat tempat aku block memula tu (-__-')

Pelik 3: Kunci umah besenye aku letak dalam keta. Kat tempat handbreak tu kan ada ruang. Selalu aku letak kat situ je. Then biar je lah dalam keta. Bawak naik opis pun nak buat ape kan. Tapi hari ni aku bawak naik skali. Dah kenaapaaaaaaaa...???? Arrrghhhh..!!

Pelik 4: Aku dah tutup pintu keta. Dah naik kan wiper. Dah amik handbeg sume nih. Tapi nak lock keta, kunci takde. Rupanye kunci masih dalam lubangnye... Kat sebelah stering tu.. Nasib baik lah keta aku ni bukan jenis auto lock. Kalau tidakkkk... Haih laaaaaa.....!!

Sudahnye dalam pada berjalan nak menuju ke lif tu, aku sendiri tanye. 
"Haihhhhh... Kenapa laaaaa dengan aku hari nih?!" (-________-")


Daa... =)

Monday, September 9, 2013

..: makan sana sini_episod 2 :..


Nampak sangat lah hidup aku ni penuh dengan makanan je kan. Sampaikan berepisod nak masukkan gambar makanan dalam blog. Hahahaa...


Ni aku buat masa bekpes bila taktau. Yang pastinya weekend lah. Jemput jemput cili padi + ikan bilis. Cicah dengan sambal kicap. Minum kopi O panas. Memang perghhh lah hasil dia kan. Meleleh ayaq idong ayaq mata suma bak ang!


Ini masa aku puasa sunat hari tu. Bese la time puasa sume pun rasa macam nak kan. Nasi panas panas letak kicap makan dengan sambal belacan, telur goreng. Sayur kacang panjang tu aku celur je. Buat ulam. Huiiiii....! 


Mee hailam makan di kedai saje. 


Haaa ini mee bandung buatan sendiri. Kagum jap bole buat mee bandung. Walaupun perencah dah siap tinggal tumis je. Tapi masih nak rasa kagum jugak. Pedulik hape haku! Hahahaaa ;p


Tosei garing. Nyum! Nyum! Aku suka makan tosei ni kalau cicah dengan sambal ape ntah yang belah kanan tu. Dia macam pedas pedas gitu. Sodap! 


Putu mayam mak beli kat pasar. Layan gak makan ni sebab dah lama tak pekena.


Ini laaaa barisan pizza.. Hahaaa.. Ni Abang Nizam belanja. Sekali tiga dia beli. Huhu...


Haaaaa... Ini paling syiokk! Kan masa raya hari tu aku sakit. Jadinye makan pun tak berapa nak puas sangat. Tau tau dah abes ketupat... So aku mintak mak aku masak kan balik lauk raya. Yeayyyy! Bole makan sampai muntah. Hahahaa.. Siap tapau bawak balik hokeh. Wuhuuuu~!


Tempe goreng je pun nak masuk jugak. Huh! Balik keje petang tu aku perap dengan black pepper sos dulu jap. Lepas aku dah siap mandi sume aku gaul dengan tepung plak. Kalau terlebih rajin bole letak breadcrumb jugak. Pastu baru goreng. 




Ini namanya mengidam. Hahaa... Aku dah lamaaaaa nak makan burger. Start daripada sakit hari tu. Baru 2 3 minggu lepas ni dapat makan. Pow Uri mintak dia belanja. Dapat la burger ayam. Sebab daging dah abes.. Alhamdulillah dapat jugak =)


Ini baru je lepas. Hari Ahad. Aku memang macam teringin nak makan pasta yang curly curly ni tapi bukan yang ni. Ada lagi satu. Tapi takde pulak masa pegi Mydin hari tu. Ni je yang ade. Bole lah asal ado. Aku masak guna mushroom sup campbell tu je setin. Masuk kiub ayam satu. Isi ayam sikit. Kalau ade sosej lagi sodap. Huhu.. Dah siap kuah tu masuk pasta ni. Dah rebus siap siap la kan. Tabur black pepper. Gaul sebati. Kalau nak basah sikit letak sup dengan air tu lebih sikit.


Rasa abes dah kot gambar makanan. Kalau ade lagi kang aku buat lagi la episod lain pulak. Hahahaa gila lah makaaannnnn je! ;p


Daa... =)

..: makan sana sini_episod 1 :..



Masa bulan puasa penuh dengan majlis berbuka puasa. Bila raya pulok mestilah penuh dengan jamuan raya kennnn...


Mula mula sekali gambar masa jamuan raya Kompleks C. Bukan kompleks membeli belah okeh. Hahahaaa ;p
Bese la.. Mesti korang tau kan bangunan pejabat kat Putrajaya ni camne. Pejabat aku dalam Kompleks C ni. Dalam ni je ade lagi Kementerian Sains, SPR, SPA, Jabatan Perangkaan, Jabatan Peguam, pastu ade jabatan ape lagi ek.. Ntah la kalau ada yang tertinggal tu buat tak reti je lah. Huhu..

Sebelum ni jamuan adalah sendirian berhad je... Kira jabatan ko, ko buat sendiri sana. Nak berkhemah ke apa ke. Jabatan aku, aku sendiri. Tak campur. Gitewww... Tapi tahun ni lain sikit. Terus bergabung meletop kata ko! Hahaaa..

Kompem lah ramai kan. Tapi mmg berkhemah la warga Kompleks C ni... *ehem* 
Semua beratur elok je nak amik makanan. No rebuts rebuts. Good! *tepuk bahu sendiri*

Ada sate, lemang, ketupat, nasi beriani, cendol, charkueytiaw, ABC, air sirap, teh tarik, buah buahan, rojak, lagi ape yeh. Aku tulis ni berdasarkan gambar. Hahahaa... ;p


Itu kira jamuan besar. Kita beralih kepada yang lebih kecil. Bahagian pulak. Tapi hiasan dia meriahhh weh!


Menu ada nasi hujan panas, mee goreng, bihun singapore, roti jala, lemang, sate, koktel, cream caramel, buah manggis, rambutan, sunquick, tembikai, air sirap dengan air panas aku taktau air ape. Sebab tak amik pun. Huhu...


Dah selesai Bahagian punye, kita beralih lagi kepada yg lebih kecil. Iaitu sektor pulak... Dah la buat tu sehari selepas je. Bahagian hari Khamis, Sektor hari Jumaat. Memey makang saje ah. Hahaaa...

Ini pun meriah wehh.. Meriah dengan makanan. Tengok gambar je dah rasa penuh perot. Haaa over kannnn... 

Menu utama nasi tomato. Jom kita tengok peneman nasi tomato tu..


 Sate, nasi himpit, rendang ayam dan daging.


Kuih koci, popia sambal, muffin, karipap, samosa, apam, dan tetiba ada kek kat situ. 


Tahun ni macam tema buah buahan tempatan. Manggis, langsat dan rambutan. Tapi aku tak pasti tu langsat ke atau buah lagi satu yang sama sepaten dengan langsat tu. Haha..



Kaunter dessert yang cantek. Kena letak dua gambar sebab homei hangat die tewwww... ;D  patutnye kek yang terselit tadi tu kat sini lah tempat asal dia. Hahaa... Ada trifle, agar agar santan, kek, muffin, kek lapis, kek coklat, dan fruit tartlet.


Dah makan je takde air kan.. Ha ni kaunter air. Air panas adalah kopi O. Tu ada koktel dan air berkarbonat. Air yang disediakan dengan nasi adalah air oren.


Makanan lagi. Haaa jenuh koo! Nak menaip pun dah jenuh nak makan apetah lagi. Phewww! *lap peluh*  Spageti, kueytiaw goreng dan mihun goreng.


Laksa johor dan rakan rakan peneman. Complete set! ;)


Semeja kuih raya. 7 bekas kesemuanya. Ecewah! ;D


Buah epal dengan tembikai pun ado jugak. Yang separuh dalam gambar ni lauk untuk nasi tomato. 



Sudah sudahla gambar makanan kan. Meh tengok gambar orang yang makan tu meh.


Gambar ni sebenarnya aku bedua. Tapi member yang snap ni pedajal kawan tu. Gi amik gmbr aku sorang je. Hahaa siot betul. Beriye kawan tu posing. 


Haaaa ni lah dia budak nye. Sian ko paiz. Aku masukkan jugak gmbr ko. Baik kan aku kan kan ;p



Gambar yang selebihnye kat bawah ni adalah cubaan untuk kelihatan kurus. Hakhakhak ;p





Baju raya tahun ni. Baju jahit sendiri. Huhu.. Nak jugek bgtau kannn ;p

Sebenarnye aku ingatkan nak masuk sekali semua gambar makanan dalam episod ni. Tapi ni je pun dah panjang dah. So gambar makanan yang lain tu buat episod lain pulak lah.


Daa... =)