Monday, May 23, 2011

..: boring.... :..

Sekarang ni kan, aku rasa macam kerap pulak aku gi melawat si akim kat ikbn tuh. Sampai dah taktau bila tarikh, minggu ke berapa, sebab dah kerap sangat [heh?]

Ini adalah salah satu dalam masa aku melawat dia hari tu. Disebabkan masa aku dan encik tunang sampai tu adalah waktu untuk dia makan tengahari, makanye kami kenalah tunggu sampai dia selesai makan....

Bila dah bohsan boring boring tunggu tu, macam biasa....



 ..: senap lah gambor sendiri.... huhuuu. owh, aku memang macam dah malas nak pakai lipbalm skang ni. pucat cacat jek muka ha (-_-) :..




..: hasil keboringan ;p :..

Boring amik gambar sendiri senap pulak gambar encik tunang....


..: ape dia buat tuu...??? hahahahaaa :..


Boring jugak. Kembali senap gambar sendiri 




Nasib baik yang ditunggu sudah tiba. Klw tunggu lagi mau meroyan aku kat dalam keta tu ha. hahahaa


 ..: itu diaaa.... macam bonzer kan ;p :..


 ..: errr... tak muat pulak nak bergambo dgn dia. hehehe :..


..: ape yang mereka bualkan? aku malas nak amik port :..


Itu lah hasilnye bila keboringan melanda. Diorang bebual rancak pasal laptop tu. Buat muvimaker lah ntah ape lagi. Aku yang dengar jek ni mengantuk dah. Huhuuu....

Gambar gambar pong boring. Episod pong boring. Dah boring dah lah.


Daa.... =)

Thursday, May 19, 2011

..: apabila kereta menjadi lori :..

Sekarang ni encik tunang dah angkut barang dia sikit sikit untuk dipindahmasuk ke umah aku. Boleh dikatakan skang ni tinggal dia jek lah yang tak masuk  umah tu lagi. hahaa..

Nak tau kami gunakan kenderaan ape masa angkut barang tu? Kereta memasing saje okayyyyy... Huhuuu.. Muatlah gak. Tapi tu pong ade benda yang ditinggalkan dan diangkut kemudian oleh encik tunang.

Mari kita lihat rupa kereta yang dah bertukar menjadi lori mengangkut barang itu...



..: ini bonet kereta encik tunang. yang atas kotak sebelah kanan adalah baju baju yang dihanger. dia tak bagi lipat. so angkut jek lah camtu :..


..: ni tempat duduk belakang. ruang kosong yang ada tu untuk letak monitor komputer :..


..: ini pulak adalah bonet keta aku :..


 
..: ruang tempat duduk belakang. seat sebelah driver dah letak cermin panjang. memang manfaat ruang sepenuhnye. tilam bujang sume angkut ;) :..


Dah setel keje masuk barang dalam keta, bila dah sampai umah aku lagi satu keje nak kuarkan dan angkut naik umah plak kannnn.... Memang ble kurus lah camni. Kehkehkeh! ;p


Bila dah selesai semua, kita kena lah 'recharge' balik tenaga yang dah dikeluarkan tadi kan.



..: makan pizza di alamanda saje. bukan kat pizza hut tau. tapi kat foodcourt tu jek. murah, banyak dan sodap! (^_^) :..


Diet diet tapi tiap episod ade jek kisah makanan. Wahahahaaa ;p


daa.... =)

..: mekdonal lagi di malam hari :..

Aku pong taktau lah kenapa encik tunang suka makan mekdi di malam hari. Haihhhh..... satu cabaran hebat untuk aku yang sedang gigih berdiet ni kan... [katenyeeeeeee] ;p


..: pasal ape la ko bukak tuwenti for awes haaaa.... kan dah kena makan kat sini malam malam. haiyaaa.... :..


..: mcm bese dia akan tuang kentang kat atas dulang. pahtu gaul dengan black pepper :..


..: ade sos ini juga :..


 
..: nasib baik makan ringan jek. takde la amik bege ke ape kan :..

tapi w'pon ringan, tahtap lah kate fast food kannnnn..... 


*ini bukan kejadian baru berlaku yek. beberapa minggu lepas dah kot. hehehehe ;p
daa.... =)

..: perancangan, pembelian, simpanan, dan lain lain :..

Bagi mereka yang sedang merancang untuk bertunang atau berkahwin, tidak kira lah dalam masa terdekat atau beberapa tahun lagi, aku ingin berkongsi sedikit perkara perkara yang perlu diambil kira dan dirancang dari awal. ini berdasarkan pengalaman ;)

Yang paling penting. Mesti ade senarai semak. Kemudian barulah senang kita nak  tengok balik ape yang dah selesai dan ape yang belum =)



1) Jika anda lelaki, dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh 5 tahun lagi atau paling lambat pong mungkin 3 tahun lagi. anda sudah boleh menyimpan dari sekarang. sblm ni pong ade lah menyimpan kan. tapi untuk kali ni kena simpan lebeh cket. mungkin RM200-RM500. Simpanan ini mungkin untuk dibuat duit hantaran saje. belom termasuk dengan duit untuk majlis kenduri dan barang barang hantaran. Klw anda perokok tegar, mungkin kena kurangkan cket lah. sebab ape rokok? Sebab klw dikira duit untuk beli rokok tu, dalam sebulan, anda sudah boleh berjimat banyak. tak percaya cuba kira sendiri ;)



Menabung syiling pong sangat bagus. Bila ditukar dengan duit kertas, hasilnye agak membanggakan ;)



2) Rancang untuk beli barang hantaran sebulan satu atau dua barang. Bergantung pada bajet. Macam kami dulu, untuk bertunang kami beli barang cket cket. Tengok peruntukan dalam bulan tu. Contoh bajet RM250 untuk dapatkan kasut dan handbeg, atau untuk telekung, sejadah dan tuala atau lain lain barang yang dalam bajet. Klw bajet ade lebih itu bagus. JANGAN sampai terlebih dari bajet. Itu bahaya. Tapi klw anda mampu untuk beli semua barang sekaligus, terpulang pada masing masing. Sebab kami berdua tidak berpendapatan besar. Dan kami memang dah plan untuk buat macam ni supaya tak rasa 'sakit' sangat  ;)


Ape ape barang yang perlu ditempah awal, buatlah tempahan awal. bagitau tarikh dengan kaler tema sume. nanti tak lah kelam kelibut jadinye.


3) Bila dah bertunang, walaupong tempoh ikatan adalah 1 atau 2 tahun, jangan lah ingat lama sangat. masa berlalu kejap jek skang ni. tau tau dah nak dekat tarikh. haaaa..... janganla menggelupur kan time tu ;p  lepas tunang tu dah bole survey survey mak andam mane yang berpatutan dan menepati bajet. selain mak andam, perkara yang penting adalah kad undangan. yang ini kena tempah awal. sebab klw lambat lambat nanti takut tempahan dah ditutup dan tak terima lagi. kes naya tuh ;) 




4) Bila dah dimekap cantek cantek dan pakai baju cantek untuk majlis tu nanti, rugilah klw takde orang amik gmbr kita dan semadikan dalam album kan. Haaa.... jangan lupa jugak untuk cari jurugambar rasmi atau OP [official photographer] untuk majlis besar tu nanti. Klw nak amik yang dalam pakej mak andam pong boleh saje. Lagi senang  ;)






Setakat ni dulu kot. Klw ade lagi nanti aku kongsi lagi yek, pengalaman yang tak seberapa ni ;)


daa..... =)

Monday, May 9, 2011

..: hening pagi :..

amaran: episod beremosi


Aku dapat satu mesej yang agak mengejutkan pagi tadi. Seawal jam 5 pagi. Dimulakan dengan MMS, kemudian text message.... Perasaan aku? Sedih. Kecewa. Mengharap. Macam macam.

Aku sayangkan yang sorang ni. Mcm adik sendiri. Dan aku harap dia akan terus tabah dan kuat menghadapi ujian mendatang. Aku sangat faham ape yang dirasai dan dilaluinye. Aku sendiri penah berhadapan perkara sedemikian rupa. Memang payah. Ape yang boleh aku katakan, berdoa lah dengan penuh yakin dan mengharap. Sesungguhnya DIA Maha Mendengar.. Memang tak mudah. Tapi kita tetap perlu menghadapinya, dik.

Percayalah, kami semua sayangkan kamu. Kamu tau itu. Jadi, kuatlah sayang. Walau tidak mudah.. Luahkan ape yang terbuku, kongsikan segala yang perlu, limpahkan esak tangismu. Diri ini sedia membantu...


*kamu tau siapa kamu....


daa.... (-_-)

Wednesday, May 4, 2011

..: pegi tengok adik teros rase kerinduan :..

ari tu aku pegi tengok akim kat IKBN. di samping membawa barang barang yang dah dipesan awal awal, aku dan encik tunang jugak menjadi penghantar KFC. sebab memula tu akim kate, kawan dia sorang yang nak. haruslah dengan dia gak kan. pahtu tambah order lagi. total sume ade ompek dinner plate bungkus. dah macam delivery koooo.... huhuuu


 ..: nampak cket jek antara barang yang dikirim tu :..


 
 ..: nampak tak dia buat ape tu..... hahahaha :..


..: masa ni tunggu akim pegi anta barang ke bilik :..

tengok baju aku pakai masa ni, teringat aku pada suatu masa dulu [ayat buku teks]. aku pegi tengok adik jugak. tapi si panjang itu [uri]. mari kita imbas kembali.....


..: masa ni dia ngedate dgn ini budak manish. aku mesti ade sebab aku yang bawak kenderaan untuk dia. hahahaha ;p :..

bila dah tengok gambar ni, teros plak rasa rindu masa aku pegi lawat dia kat PULAPOL dulu tu. 


 ..: di awal kemunculan latihan uri kat pulapol. mase ni dia maseh botak berkilat :..

bila aku pegi lawat adik dia skang  ni kat ikbn, ade perkara yg membezakan mereka berdua. masa uri ni, ape yang aku bawak kan [read:makanan] dia memang tak tolak. kecuali klw dia dah kenyang. contoh aku bawak kan donat big apel. satu kotak yang ade brp biji ntah tu. dia bawak balik bilik. tapi adik dia memang agak susah nak bawak makanan yang aku bawak kan, masuk bilik. kecuali ari tu aku belikan biskut. so aku paham lah yang adik dia tak berapa gemar benda manis manis. 

tak lama lepas tu rasa dia dah habes latihan.....



dapat dirasakan kebanggan abah masa ni. walaupong dia tak tunjuk dan cakap. tapi kita tau lah kan. mak bapak mane yang tak bangga kan. lagi lagi ikut jejak langkah dia. so uri, sila keja betul betul okeh =)


kerinduan diteruskan dengan ini....

 ..: dah lama tak camwhore dgn idot berdua mcm ni. sebab skang tpt duduk kat opis pong dah jauh cket. pahtu skang klw nak bergambo haruslah ade raisha menyelit gak. owh, dan ain juga ;) :..


 ..: lama jugak tak camwhore bersama adik bongsu encik tunang :..


..: ponggggg rindu untuk kuar bertiga camni lagi :..


bila tengok gambar bertiga ni, teros plak rindu lagi


..: kami bertiga memang suka amik gambar sesama. sebab kami jek pong yang masih single dalam family. hehehee :..


bila sebut family, teros plak sambung rindu....


 
 ..: bergambar adik beradik camni :..


..: dan berkumpul 1 family [ini gambar lame] :..


..: sikalang sula tambah ini amoi tecik :..


pahtu, tetiba teringat plak kat sorang member nun di utara. dia dah macam kakak sendiri la.... dengan kak n, akim, abang nizam pong dia dah kenal. nama dia kak izat. 


 ..: beliau adalah yang berbaju kuning itu :..


tapi yang aku teringat lebeh adalah..... 


 ..: dia bawak kami bekpes makan roti benggali telur :..


 ..: minum abc :..


 ..: coconut shake. owh! :..


..: mee sotong yang memang syedap di makan panas panas dan pedas okeh! :..


semua ni kami makan kat padang kota lama. kecuali bekpes tuh. 
wahhhh beshnye pegi penang. makan makan dan makan! hahahaa....
klw pegi sana, memang tak boleh nak diet tau. kak izat tu ade jek tempat nak bawak kami pegi makan. haihh....! ;p
InsyaALLAH dia akan datang untuk majlis aku nanti. haaaa..... masa tu aku bagi korang tengok jelas jelas cket gambar dia okeh ;)

bile teringat teringat ni, buat aku pikir satu perkara. hidup cuma sekali. ape ape yang berlaku dalam hidup juga sekali. jadi, jangan sia sia kan hidup kita. walau rasa macam hidup orang lain tu besh, tapi sebenarnye setiap orang dikurniakan Allah nikmat hidup yang tersendiri. bersyukur dan enjoy every moment of it! (^_^)



signing off dengan gambar kami di tepi pantai padang kota lama.....

..: kami bersama kak jun. gambar di snap oleh kak izat :..

masa ni kak n exam pjj dia utk tahun pertama kot tak silap aku. skang dia dah masuk tahun kedua. see, kejap jek dah nak masuk tahun ketiga plak nanti. memang cepat masa berlalu kan.

okies dah. itu jek lah kesah kerinduan untuk kali ni. aku tak pasti lah aku rasa camni sebab dah nak kawen ke ape ke kan. tapi memang sesekali kita mesti akan teringat moment moment dalam hidup, kan? ;)


daa.... =)