..: perancangan, pembelian, simpanan, dan lain lain :..

Bagi mereka yang sedang merancang untuk bertunang atau berkahwin, tidak kira lah dalam masa terdekat atau beberapa tahun lagi, aku ingin berkongsi sedikit perkara perkara yang perlu diambil kira dan dirancang dari awal. ini berdasarkan pengalaman ;)

Yang paling penting. Mesti ade senarai semak. Kemudian barulah senang kita nak  tengok balik ape yang dah selesai dan ape yang belum =)



1) Jika anda lelaki, dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh 5 tahun lagi atau paling lambat pong mungkin 3 tahun lagi. anda sudah boleh menyimpan dari sekarang. sblm ni pong ade lah menyimpan kan. tapi untuk kali ni kena simpan lebeh cket. mungkin RM200-RM500. Simpanan ini mungkin untuk dibuat duit hantaran saje. belom termasuk dengan duit untuk majlis kenduri dan barang barang hantaran. Klw anda perokok tegar, mungkin kena kurangkan cket lah. sebab ape rokok? Sebab klw dikira duit untuk beli rokok tu, dalam sebulan, anda sudah boleh berjimat banyak. tak percaya cuba kira sendiri ;)



Menabung syiling pong sangat bagus. Bila ditukar dengan duit kertas, hasilnye agak membanggakan ;)



2) Rancang untuk beli barang hantaran sebulan satu atau dua barang. Bergantung pada bajet. Macam kami dulu, untuk bertunang kami beli barang cket cket. Tengok peruntukan dalam bulan tu. Contoh bajet RM250 untuk dapatkan kasut dan handbeg, atau untuk telekung, sejadah dan tuala atau lain lain barang yang dalam bajet. Klw bajet ade lebih itu bagus. JANGAN sampai terlebih dari bajet. Itu bahaya. Tapi klw anda mampu untuk beli semua barang sekaligus, terpulang pada masing masing. Sebab kami berdua tidak berpendapatan besar. Dan kami memang dah plan untuk buat macam ni supaya tak rasa 'sakit' sangat  ;)


Ape ape barang yang perlu ditempah awal, buatlah tempahan awal. bagitau tarikh dengan kaler tema sume. nanti tak lah kelam kelibut jadinye.


3) Bila dah bertunang, walaupong tempoh ikatan adalah 1 atau 2 tahun, jangan lah ingat lama sangat. masa berlalu kejap jek skang ni. tau tau dah nak dekat tarikh. haaaa..... janganla menggelupur kan time tu ;p  lepas tunang tu dah bole survey survey mak andam mane yang berpatutan dan menepati bajet. selain mak andam, perkara yang penting adalah kad undangan. yang ini kena tempah awal. sebab klw lambat lambat nanti takut tempahan dah ditutup dan tak terima lagi. kes naya tuh ;) 




4) Bila dah dimekap cantek cantek dan pakai baju cantek untuk majlis tu nanti, rugilah klw takde orang amik gmbr kita dan semadikan dalam album kan. Haaa.... jangan lupa jugak untuk cari jurugambar rasmi atau OP [official photographer] untuk majlis besar tu nanti. Klw nak amik yang dalam pakej mak andam pong boleh saje. Lagi senang  ;)






Setakat ni dulu kot. Klw ade lagi nanti aku kongsi lagi yek, pengalaman yang tak seberapa ni ;)


daa..... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..