Wednesday, May 4, 2011

..: pegi tengok adik teros rase kerinduan :..

ari tu aku pegi tengok akim kat IKBN. di samping membawa barang barang yang dah dipesan awal awal, aku dan encik tunang jugak menjadi penghantar KFC. sebab memula tu akim kate, kawan dia sorang yang nak. haruslah dengan dia gak kan. pahtu tambah order lagi. total sume ade ompek dinner plate bungkus. dah macam delivery koooo.... huhuuu


 ..: nampak cket jek antara barang yang dikirim tu :..


 
 ..: nampak tak dia buat ape tu..... hahahaha :..


..: masa ni tunggu akim pegi anta barang ke bilik :..

tengok baju aku pakai masa ni, teringat aku pada suatu masa dulu [ayat buku teks]. aku pegi tengok adik jugak. tapi si panjang itu [uri]. mari kita imbas kembali.....


..: masa ni dia ngedate dgn ini budak manish. aku mesti ade sebab aku yang bawak kenderaan untuk dia. hahahaha ;p :..

bila dah tengok gambar ni, teros plak rasa rindu masa aku pegi lawat dia kat PULAPOL dulu tu. 


 ..: di awal kemunculan latihan uri kat pulapol. mase ni dia maseh botak berkilat :..

bila aku pegi lawat adik dia skang  ni kat ikbn, ade perkara yg membezakan mereka berdua. masa uri ni, ape yang aku bawak kan [read:makanan] dia memang tak tolak. kecuali klw dia dah kenyang. contoh aku bawak kan donat big apel. satu kotak yang ade brp biji ntah tu. dia bawak balik bilik. tapi adik dia memang agak susah nak bawak makanan yang aku bawak kan, masuk bilik. kecuali ari tu aku belikan biskut. so aku paham lah yang adik dia tak berapa gemar benda manis manis. 

tak lama lepas tu rasa dia dah habes latihan.....



dapat dirasakan kebanggan abah masa ni. walaupong dia tak tunjuk dan cakap. tapi kita tau lah kan. mak bapak mane yang tak bangga kan. lagi lagi ikut jejak langkah dia. so uri, sila keja betul betul okeh =)


kerinduan diteruskan dengan ini....

 ..: dah lama tak camwhore dgn idot berdua mcm ni. sebab skang tpt duduk kat opis pong dah jauh cket. pahtu skang klw nak bergambo haruslah ade raisha menyelit gak. owh, dan ain juga ;) :..


 ..: lama jugak tak camwhore bersama adik bongsu encik tunang :..


..: ponggggg rindu untuk kuar bertiga camni lagi :..


bila tengok gambar bertiga ni, teros plak rindu lagi


..: kami bertiga memang suka amik gambar sesama. sebab kami jek pong yang masih single dalam family. hehehee :..


bila sebut family, teros plak sambung rindu....


 
 ..: bergambar adik beradik camni :..


..: dan berkumpul 1 family [ini gambar lame] :..


..: sikalang sula tambah ini amoi tecik :..


pahtu, tetiba teringat plak kat sorang member nun di utara. dia dah macam kakak sendiri la.... dengan kak n, akim, abang nizam pong dia dah kenal. nama dia kak izat. 


 ..: beliau adalah yang berbaju kuning itu :..


tapi yang aku teringat lebeh adalah..... 


 ..: dia bawak kami bekpes makan roti benggali telur :..


 ..: minum abc :..


 ..: coconut shake. owh! :..


..: mee sotong yang memang syedap di makan panas panas dan pedas okeh! :..


semua ni kami makan kat padang kota lama. kecuali bekpes tuh. 
wahhhh beshnye pegi penang. makan makan dan makan! hahahaa....
klw pegi sana, memang tak boleh nak diet tau. kak izat tu ade jek tempat nak bawak kami pegi makan. haihh....! ;p
InsyaALLAH dia akan datang untuk majlis aku nanti. haaaa..... masa tu aku bagi korang tengok jelas jelas cket gambar dia okeh ;)

bile teringat teringat ni, buat aku pikir satu perkara. hidup cuma sekali. ape ape yang berlaku dalam hidup juga sekali. jadi, jangan sia sia kan hidup kita. walau rasa macam hidup orang lain tu besh, tapi sebenarnye setiap orang dikurniakan Allah nikmat hidup yang tersendiri. bersyukur dan enjoy every moment of it! (^_^)



signing off dengan gambar kami di tepi pantai padang kota lama.....

..: kami bersama kak jun. gambar di snap oleh kak izat :..

masa ni kak n exam pjj dia utk tahun pertama kot tak silap aku. skang dia dah masuk tahun kedua. see, kejap jek dah nak masuk tahun ketiga plak nanti. memang cepat masa berlalu kan.

okies dah. itu jek lah kesah kerinduan untuk kali ni. aku tak pasti lah aku rasa camni sebab dah nak kawen ke ape ke kan. tapi memang sesekali kita mesti akan teringat moment moment dalam hidup, kan? ;)


daa.... =)

4 comments:

  1. rindu nak bergambar ke rindu nak makanan2 tu..diet kate koOo!!hahaha

    ReplyDelete
  2. rindu sume2 lah ain... tapi makanan tu lebeh la cket. ahahahahaa ;p

    ReplyDelete
  3. terharu*

    Mungkin baju tudung itu memang sesuai dikenakan ketika melawat adik-adik kak ita kot? Hehehe :P

    ReplyDelete
  4. tu lah. dah ble buat uniform dah. hehehehee ;)

    ReplyDelete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)