Thursday, May 19, 2011

..: apabila kereta menjadi lori :..

Sekarang ni encik tunang dah angkut barang dia sikit sikit untuk dipindahmasuk ke umah aku. Boleh dikatakan skang ni tinggal dia jek lah yang tak masuk  umah tu lagi. hahaa..

Nak tau kami gunakan kenderaan ape masa angkut barang tu? Kereta memasing saje okayyyyy... Huhuuu.. Muatlah gak. Tapi tu pong ade benda yang ditinggalkan dan diangkut kemudian oleh encik tunang.

Mari kita lihat rupa kereta yang dah bertukar menjadi lori mengangkut barang itu...



..: ini bonet kereta encik tunang. yang atas kotak sebelah kanan adalah baju baju yang dihanger. dia tak bagi lipat. so angkut jek lah camtu :..


..: ni tempat duduk belakang. ruang kosong yang ada tu untuk letak monitor komputer :..


..: ini pulak adalah bonet keta aku :..


 
..: ruang tempat duduk belakang. seat sebelah driver dah letak cermin panjang. memang manfaat ruang sepenuhnye. tilam bujang sume angkut ;) :..


Dah setel keje masuk barang dalam keta, bila dah sampai umah aku lagi satu keje nak kuarkan dan angkut naik umah plak kannnn.... Memang ble kurus lah camni. Kehkehkeh! ;p


Bila dah selesai semua, kita kena lah 'recharge' balik tenaga yang dah dikeluarkan tadi kan.



..: makan pizza di alamanda saje. bukan kat pizza hut tau. tapi kat foodcourt tu jek. murah, banyak dan sodap! (^_^) :..


Diet diet tapi tiap episod ade jek kisah makanan. Wahahahaaa ;p


daa.... =)

2 comments:

  1. whoaah, macamni mmg boleh kurus nie.. ;)

    ReplyDelete
  2. ha a. kurus sgt lah. lepas dah bakar lemak topup balik lemak dgn memakan pizza.. huhuhuu ;p

    ReplyDelete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)