..: makanan berderet deret :..


Aku buat ni schedule ye. Kul 8 malam. Sebab masa ni dah konyang kan. Jangan kata korang, aku sendiri pun nak baca siang siang tak sanggup wehh.. Goyang kang. Hahaa.. Tapi kalau korang baca masa kat opis ke di siang hari ke, aku tak bertanggungjawab yeh.. Sebab episod ni memang pasal makanaaaannnnnn je. Heheee.. 



Ini masa aku lunch dengan Idot. Hari Jumaat di Alamanda. Bese la waffle ni kan memang kegemaran bersama. Huhu... 





Ini kroket. Guna kentang. Rebus sampai lembut kemudian kasi lenyek. Gaul dengan tepung, black pepper, garam sikit, telur sebiji. Kalau macam lembik sangat tambah tepung sikit. Nak goreng tu gaul dengan telur, tepung, breadcrumbs. Masa nak buat bulat bulat tu memang mencabar jugak. Sebab aku punye ni lembik. Tapi bila dah goreng tu, pehhh! Sodap pulokk. Hahahaa...




Ini dua menu makan di rumah. Yang atas tu tempe + kentang + tauhu goreng. Campur skali dengan carrot. Macam sayur campur kot. Tapi sayurnye cuma carrot je. Bole? Hahaaa.. Yang bawah ni ayam masak minyak marinate ni aku beli yang dah siap kat Mydin. Tinggal masuk oven saje.. 



Kuih ni aku tak ingat sangat. Cuma yang aku tau dia manis. Macam jemput jemput manis tu la lebeh kurang. Hehe..




Menu ciptaan sendiri. Tapi aku rasa ada je orang buat. Cuma ni olahan aku la. Susun roti dalam bekas tu. Letak cheese dengan sosej. Curah telur. Masuk oven. Kalau nak buat cara lain, pukul telur dengan sosej tu macam nak buat telur dadar. Roti tu pun carik carik kan sajorkk... 




Memasak lagi kita di rumah. Ini sebab teringin. Lauk sardin + telur dadar memang mabeles kan. Simple but niceeee... (^_^)




Ini juga teringin. Ehh manjaanngggg la ko teringin kan. Hahahaa... Bubur nasi dimakan dengan lauk atas tu. Ikan bilis goreng + bawang + cili padi. Masa nak makan tu tabur bawang goreng banyak banyak (^_^)



Sesi minum petang dengan Kak N di Restoran SDS. Ade makan gak masa ni. Amik menu yang junior punye. Kak N makan ape aku tak ingat dah. Aku cuma amik gambar air ni je. Vanilla milk shake. Sodappp!




Pot luck kat opis sempena nak puasa hari tu sekali dengan sambutan harijadi. Macam macam menu ade. Sampai sendat perut. Nasi goreng, soto, sate, sengkuang calit, koktel, rojak buah, tembikai, sunquick, kuih koci, sandwich, kek, sambal kerang, lontong, aiskrim ade 3 perisa, krim karamel, dan air sirap sunquick. Air sirap cuma letak sunquick tu je hiris hiris kan dia. 

Kagum aku bole ingat semua menu. Bhahahahaaa ;p


Ni mee bandung Idot masak. Hari Sabtu last sebelum pose tu. Aku makan kat umah dia. Sedap je pada aku w'pun guna rencah dah siap tu. Tinggal tambah bahan lain je. Macam ayam telur sayur sayur sume tu. 




Ini pulak aku masak hari Ahad nye. Spageti meatball goreng. Sungguh rojak bahasa aku nih (-_-) 
Spageti tu rebus macam biasa letak minyak sikit. Pastu tos. Bebola daging tu salut dengan tepung telur breadcrumb, pastu goreng. 
Tumbuk bawang putih + bawang kecik + cili padi sikit. Tumis sume tu masukkan cili boh. Biar cili boh masak sikit, masukkan sos tiram dengan sos lada hitam. Masuk sosej pulak. Gaul gaul sikit, pastu tuang spageti. Bila dah sebati sume, baru masukkan bebola daging tu. Pastu masuk garam sesedap rasa. Bancuh air panas. Makan sarapan. Perghhhh! Makan bertambah lah nokk...! Hehehee... 



Ini kira macam snek di malam hari untuk aku. Sapu marjerin + peanut butter atas roti. Pastu masuk oven. Bakar la dalam 2-3 minit je. Makan masa hangat hangat tu. Nyummsss!


Sekian kisah makanan dari aku. Patotlaa badan berat dan melebar je. Kalau dah ni semua hasilnye yang masuk dalam perot kan. Hahahaa...


Daa... =)

Comments

  1. bedebah..boleh pulak tengah2hari ni aku baca post hang nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee... aku dah warning tu. risiko adalah tanggungjawab sndiri. aku pn goyang weh. bhahahaaa ;D

      Delete
  2. uish dap nyeee. im pun banyak gamba makanan x upload. pemalas kannnnn. hahahahah!

    ReplyDelete

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..