Monday, July 8, 2013

..: Family Day Melaka 7-9 Jun 2013 :..


Family sendiri yang pegi. Adik beradik sebelah Mak Nora. Termasuk suami isteri anak cucu menantu semua lah. Sama macam trip kami ke Langkawi tahun lepas. Tapi aku buat episod tak habes. Hahahaa... Kalau nak baca bole jee... 

Family Trip Langkawi Part 1 & Part 2.
Tapi sori yeh, episod tak lengkap. Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. Huhu..

So tahun ni kita buat dekat dekat sudey. Di Melaka saje.. Kami stay di A Famosa Resort. Rumah banglo. Satu rumah tu ada 4 bilik, ada ruang tamu, dapur [siap peti sejuk, kabinet, cawan, gelas, water heater], 2 bilik air, dan kolam renang. Family lain ade yang kongsi rumah tu. Tapi untuk family aku memang ngam ngam hooo... Hehehee...

Gambar adalah banyak dan tak ikut susunan sangat. Aku main tepek je sume. Dasar pemalas kannnnn... 






Garaj dia bole muat dua biji keta untuk masuk bawah bumbung ni la. Luar tu pn bole park lagi sebiji keta. Depan umah ni macam kawasan perumahan tu. Jadi bole je parking di bahu jalan.




Gambar atas tu ruang tamu. Ada meja makan, sofa dengan tv sume la.. Yang ni plak macam mini bar. Tu dapur dia. Kiri kanan tu laluan nak masuk ke bilik. Kalau terus tu masuk bilik air. Toilet duduk dengan  bath tub sume dalam bilik air. Sinki kat luar. 







Ni bilik utama. Bilik ni je ada tv. Bilik lain takdok. Yang lain lain sume same. Katil pun same ade dua biji tu. Tapi besar lah ruang bilik kat sini. Memey pueh hati. Tu dalam cermin nampak kan kameraman yang bersemangat waja amik gmbr tu. Hehee.. Dari dalam bilik ni bole nampak kolam renang. 


Okeh jom kita ke kolam renang pulak. Nampak tu budak besi dah bole berenang. Haha ;p
Abah pun turun sama berenang renang. Mem je tak turun sebab dia takde baju. Aku offer baju aku dia takmo. Huhuhu...



















Malam tu kami buat tahlil ringkas sebelum pegi ke dewan untuk makan.















Nak pegi ke dewan tu kena naik kenderaan. Sebab jauh. Lupa aku nak bagitau. Dari pintu masuk resort ni, nak sampai ke rumah tu jauh weh! Memang kena berkenderaan laa.. 


Kita ke dewan makan pulak jom.




R & H tu stands for Rahmat & Hasnah. Ni nama arwah tok abah dgn arwah atok aku.. 








Ada jugak diselitkan penghargaan untuk sepupu aku dan kejutan sambutan hari bapa untuk bapak bapak kat atas nih. Hehe..




Pinggan pertama aku. Lepas tu repeat makan ayam, sosej dengan kentang tu je. Tapi sosej tu la paling banyak. Sodappp! Sotong tu ade kering dan tawar sikit. Kambing aku tak amik. Dessert pun tak. Cuma makan kek yang kitorang beli untuk bapak bapak tu je. Perut sondat!  Hehe..





Sepupu sepapat. Kak N sorang takde. Sebab masa ni dia tengah sibuk dengan final exam. 




..: Bos & Mem. Luv u both forevaaa! ;) :..



 ..: Adik beradik Mak Nora. Dari kanan Mak Ngah, Mak Uda [Mak Nora], Mak Andak, Mak Anjang, Mak Mah. Belakang kanan Cikkoy & Cik Kadir :..


 ..: Bersama pasangan. Mak Anjang dgn Cik Kadir tu masing masing telah kehilangan insan yang tersayang.. (-_-) :..



Okeh setel kisah Hari Keluarga. Lepas ni nak hapdet ape pulak yeh. Hmmm *belek belek folder gambar*


*aku kepelikan gambar syok sendiri aku takdok. bhahahahaa ;p



Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)