..: dugaan selepas hari jadi :..


Ada sesuatu yang menimpa aku elok je lepas hari jadi aku 10hb yang lepas. Tambah lagi, elok je lepas aku dapat hadiah besday dari Hadi. Haihhh rasa nak menangis plak bila nak cite. Huhu (-__-)

Okay macam ni cerita dia. Hari Sabtu, 12hb September. Aku dengan Hadi pergi jemputan kahwin kawan Hadi kat Batang Kali. Aku tak tahu la kenapa ntah dengan aku hari tu. Hadi pun perasan. Selalu kalau dia pesan, aku tak pernah lupa. Tapi hari tu aku lupa bawak power bank padahal Hadi dah pesan awal awal lagi. Henpon kitorang bateri dah nyawa nyawa ikan. Dengan nak on GPS lagi sebab tak tahu dewan tempat majlis kawan dia tu. Dah separuh jalan baru aku teringat yang aku tak bawak power bank. Nasib baik ingat nak bawak hadiah (-__-")

Sampai kat dewan tu, dah makan ambik gambar, borak borak dengan geng Hadi, kitorang saje pergi satu tempat ni diorang panggil empangan. Memang empangan air tu. Ingat kan boleh lah pergi dekat dengan air tu, rupanye dah berpagar kawasan tu. Tengok dari luar ajelah. 

Then berpecah dengan geng geng Hadi sebab diorang dengan family. Ada yang nak balik ada yang nak pergi tempat lain. Kitorang berdua plak plan nak pergi tengok wayang. Sebab dedua pun jadi ahli MBO Cinemas dengan GSC. So bila birthday month dapat lah dua keping tiket free. Kitorang kira ada empat movie yang boleh tengok free lah. 

Dah elok kat Alamanda ada GSC and boleh dapat tiket free, aku pergi ajak Hadi pergi ke The Mines. Aku pun tak ingat yang kat Mines tu wayangnye TGV. Masa kat kaunter, nak bayar tiket Hadi kuarkan birthday voucher GSC emel kat dia. Baru la perasan rupanye kitorang kt TGV. Haihhhh laaa... Tapi Hadi bayar je la. Dia kata dah sampai, tengok je la malas nak pikir pikir. 

Kitorang amik couple seat, tepi dinding, belakang sekali. Masuk panggung, aku duduk dulu sebab Hadi pergi beli popcorn. Aku layan wasap sikit sikit pastu bateri tinggal 1%, aku simpan henpon dalam beg. 

Biasanya aku memang akan letak handbeg atas peha atau kat sebelah aku [kat seat tu kan ada ruang sikit, haaa biasa aku selit situ]. Tapi entah kenapaaaa hari tu aku letak kat bawah, sebelah kaki. Mungkin sebab aku pikir duduk tepi dinding and belakang sekali, so ok je lah kot letak kat bawah. 

Hadi masuk bawak popcorn dengan air. Dia hulur air kat aku, aku pun cucuk straw then letak kat tempat cawan tu. Lepas tu popcorn nye ntah camne boleh terbalik pulakkkk... Hadi angkat tinggal kotak jeeee... ;(  Alahai siannya aku rasa.. Sebab dia memang nak makan popcorn tu. Perisa apa ntah tapi dia memang nak makan sangat. Masa tu aku dah rasa tak sedap hati. Macam ada something je kan... Tapi aku cuma cakap kat dia takde rezeki. 

Wayang on air selama 2 jam lebih kurang. 

Habis cerita, kitorang pun bangun lah macam biasa. And aku memang akan cek henpon dulu. Walaupun tahu yang henpon tu mungkin dah off sebab bateri habis. Tapiiiiii elok je aku seluk beg, kosong! Aku raba raba tak jumpa! Purse takde henpon takde! Huwaaaaaaaa!!! Aku memang dah menggelupur gilaaaa. Dah la Hadi baruuuuuu je bagi aku cash. Haduiiiii.... Memang menangis dah.

Kitorang masuk balik dalam panggung, cari cari kot cicir bawah seat. Memang takde. Sampaikan budak yang duduk depan kitorang pun menggelabah cek handbeg dia bila dengar aku cakap henpon dengan purse aku takde. Mujur lah Hadi tenanggggg je. Aku tahu dia pun frust tapi dia boleh tenang lagi. Beritahu pada manager, dia cong ceng ape ntah. Pastu kata kalau nak tengok cctv kena ada repot dan bawak polis datang tengok sekali.

Memang konfem takde dah barang aku tu. Kitorang pergi repot polis and the rest is history... Me sooo sadddddd!! (-_____-)

Macam biasa la kena buat IC baru, lesen, kad atm semua tu. Dalam purse aku memacam ada selain duit dengan dokumen penting. Dalam henpon lagi laaaa.. Dengan nombor telefon, segala gambar, segala nota, alamat, segala macam lah. Huuuuuuu...

Aku anggap bukan rezeki aku dah. Cuma aku berdoa semoga takde sebarang penganiayaan atau khianat sebab gambar penuh dalam henpon tu. 

Aku jugak nak nasihatkan korang semua. Berhati hati lah sekarang ni. Macam macam cara orang buat yang kita pun tak pernah terfikir. Ko bayangkan, camne dia boleh ambik purse dengan henpon aku tu? Seat belakang sekali nih. Tepi dinding plak tu. Kitorang rasa dia selit masuk bawah seat kot.. And dia capai je barang barang tu, tak tarik pun handbeg aku. Sebab aku rasa je handbeg aku ada kat kaki. 

Aku rasa serik nak pakai purse dah. Rasa macam nak beli sarung yang letak pas keje tu kan, gantung kat leher je semua. Tak payah nak  bawak bawak beg dah. Huhu..

Kawan kawan aku pun pesan bawak beg silang je. Kalau tengok wayang ke jangan bukak beg tu. Biar je bersilang kat badan. Selamat.

Macam macam perasaan aku bila kena macam ni. Sebab tak pernah terjadi. Dan bukan sebab aku cuai letak merata rata atau saja mengundang pencuri. Tapi tu lah kan, benda nak jadi. Elak camne pun kalau dah memang begitu, begitu lah jadinya. Aku redha walaupun payah. 

Henpon belum beli lagi. Sebab bajet dah cukup cukup je. Lagi plak kitorang buat korban tahun ni. Dengan nak bayar lembunya.. Hadi pun nak pergi kursus.. Duit memang tengah nak pakai. Tengoklah ada rezeki lain nanti In Shaa Allah... Aku sayang henpon tu. Belum setahun pakai. Beli pun kumpul duit OT. Nak kena kumpul balik semula la nampaknya. Huhu...


Sekianlah cerita sadis aku. Sedih sadis frust kecewa down semua ada. Sabar lah duhai hati. Huhu...


Daaa... (-_-)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..