Thursday, February 23, 2012

..: makanan jek :..

Episod pasal makanan je hokeh. Gambar diambil berlainan waktu dan hari ;)




Tauhu bakar. Beli yang dah siap paket tu je. Lepas tu, sapu marjerin sikit. Masuk dalam oven. Dah siap bakar tu tuang sambal kicap dengan kacang kisar kat atas dia. Makan panas panas, macam order kat kedai tauuuuu...... [perasan] 




Ini nama dia tauhu jepun sizzling style. Hahaaa! Nama ni aku sesuka hati reka sendiri. Tapi terbaek lah dia punya rasa tu. Makan panas panas menggelegak tu kan. Order kat kedai lah. Nak buat sendiri mano ghoti haaa....




Home + handmade pizza. Tapi gambar tidak membantu. Heheee
Aku buat guna roti arab tu je sebagai doh dia. Untuk topping, aku masak daging cincang + sos tomato + sos cili + cili padi sikit. Nak pedas bahang bahang tu, letak black pepper atau serbuk kari sikit. Air pun letak sikit je takut nanti cair pulak. Lepas tu angkat. Sapu marjerin sikit atas roti arab. Kemudian tuangkan topping tadi, dan tabur kan cheese. Pehh! 




Ouh, ini senang je kan. Mee goreng siap ditapau untuk dibawa bekal ke opis. Heheheee





Tapi kan, kadang kadang makan yang simple mimple je pun besh jugak kan.







Macam megi kari ni. Tambah fish ball, fish cake, sosej dengan telur rebus. Makan panas panas. Perrghhhhhh!!! 



Daa..... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)