Friday, August 8, 2014

..: kelabu :..

Sementara aku masih free dan belum banyak keje lagi kat opis ni, jom lah kita hapdet pasal raya 2014. Bulan depan nak outstation lagi, so aku bajet dalam minggu depan ni aku akan start busy buat preparation untuk outstation tu. Masa tu memang tak dan nak toleh kiri kanan dah. Eceh!


Hari raya pertama kitorang berbaju songket kelabu untuk yang perempuan. Lelaki baju melayu kelabu kain biasa saje. Kain songket ni beli kat Pasar Payang Terengganu. Tapi tahu je la songket ni kan. Dia berbulu sikit. Benang dia kalau tersangkut memang panjang la kuar dia. Tu yang buat rimas sikit. Nasib la raya pertama tu pakai kejap je. Gi beraya pun dekat dekat. Takde la rasa berlengas sangat. Huhu...





Perut mak yong dah makin besar. Mak yong pun besar jugak. Hahahaa.. Alhamdulillah masuk 8 bulan dah. In Shaa Allah bulan depan due. Semoga dipermudahkan penantian selama 10 tahun ni ;)


Lepas sesi salam salam maaf maaf berjejeh air mata (hahah!) di pagi Syawal tu, kitorang gerak ke rumah Mak Ngah plak. Macam biasa tiap tiap tahun akan buat tahlil dan semua akan kumpul kat sini. 

  ..: All ladies in the family yooo (^_^) :..


..: Family kami. Tapi si bongsu takde. Tahun ni turn dia kena keje. Raya ke 4 baru dapat cuti. Owh dan In Shaa Allah raya tahun depan dah tambah lagi ahli keluarga kami. Huhu.. :..



Family sepupu sepapat pakcik makcik sebelah Mak Nora. Ni pun tak semua. Ada yang beraya umah mertua. Ada yang tengah makan kat dapur. Hehee..


Tak ketinggalan gambar si bongsu. Sian dia... Ni gambar lepas sembahyang raya. Comel je pakai kurta. Heheh..


Sekian dulu cerita untuk raya pertama tahun ni. Petang tu kami dah balik rumah sendiri sebab family tunang Uri nak datang beraya. So nanti kita sambung raya kedua plak yeh.


Sebelum tu, gambar skema dah ada...


V





V





V




V




V




V



Gambar pepoyo haruslah ada jugekkkkk! Hahahaaa... ;p


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)