..: purple pulak :..

Tadi warna kelabu. Sekarang raya kedua kita pakai warna pepel plak ye.. Tapi ni warna baju aku la. Sebabnya warna official kami raya pertama je. Lepas tu dah bebas dah. Baju ni sebenarnya aku belikan untuk mak. Tapi bila cari kurta untuk abah, warna tu takde yang sepadan. Sudahnye untuk mak, aku belikan jubah lain yang same kaler dengan kurta abah. Dan abaya ni jadilah hakmilik aku.. Hehehee...

Baju ni kosong je. Tapi aku tampal lace untuk bagi tak nampak plain sangat. Masalahnya lace tu pulak buat baju ni jadi berbulu sebab dia tersangkut sangkut. Aku cabut balik lace tu dan tampal batu dengan manik je. Still in progress. Huhu...

Raya kedua untuk belah abah pulak. Kami ke Batu Pahat rumah Pak Anjang. Tapi sebelum tu  pegi Segamat, beraya rumah ex-boss Kak N. 



Ondaway... Kami gerak dua kereta. Mak, abah, Kak N, Abg Nizam, Abg Din, Kak Iza sume naik 1 keta. Aku, Uri dan anak anak sedara naik kereta Uri. Selfie dulu seroundddd (>_<)


Sampai Segamat, makan kuih dan makan nasi. Bila dah kenyang makan nasi, ke ruang tamu balik sambung makan kuih lagi. Pastu terlepek kekenyangan. Hahahaaa!



Pastu ke rumah Pak Anjang pulak kita. Pun sama jugak. Makan makan kuih raya. Mak Anjang goreng mee. Makan lagi. Sambung kuih raya. Baring jap malas malas. Bangun makan lagi. Hahahaa buruk perangaiii sangat kannnn... Kalau datang rumah diorang ni memang akan lepak lama. Masing masing siap tido dulu. Bangun sambung makan lagi. Baring lagi. Pastu baru balik. Hehee..

Selain makan makan, aktiviti lain kat rumah ni adalah berposing. Sebab ada buaian yang besaaaarrrr boleh muat duduk reramai. Kehkehkeh! 
Masa kami posing posing ni, mane yang takde dalam gambar tu sedang melayan mata laa tu. Huhu...






..: Pak Anjang kami. Dia dengan warna rumah dia pun sama tema dengan aku jugak. Hehe..  ;p :..


Okeh jom kita sambung monopod selfie plak.




Tahun ni aku takde amik gambar makanan sangat pun. Banyak gambar sendiri je. Tu pun tak menggila macam sebelum sebelum ni. Faktor usia mungkin (-_-")

Diakhiri dengan gambar sendiri. Baju raya pertama dan kedua.


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..