..: Makan ke diet? :..


Okeh marilah kita sambung lagi cerita cerita basi yang ada. Haha...

Aku sedang mengalami fasa masalah berat badan. Eh aku rasa tak pernah selesai pun masalah yang satu ni. Kaahhh!! Sape ade penyelesaian terbaik, mohon kongsi bersama.

Antara penyebabnye, aku ni tak konsisten. Macam ikut suka aku lah nak diet camne. Hahahaa! Sudahnye memang sampai ke sudah laaaaa tak bergerak jarum penimbang tu (-_-')


Ni time elokkk.. Buat telor dadar gulung. Dalam tu letak salad dengan cheese pastu gulung. Aku buat dua gulung kemudian potong dua. So dapat la empat potong. Kenyang dan sedap.


Ini lemak udang dengan cendawan kukur. Hadi suruh masak walaupunnnn dia tahu aku tak bole pegang udang. Tapi demi suami ku gagahi jua. Gituuuu... Hahahaa! Mestilah aku makan jugak. Tapi udang tu tak ambik la. Makan cendawan dengan kuah saje. Hadi kata sedap. Jadi berbaloi lah perjuanganku memegang udang tu.





Ini ntah angin ape elok je buat menu diet ni ha. Memang sama je tiap hari sebab nak habiskan stok yang ada tu. Buah epal hijau dengan tomato. Roti tu aku letak macam macam. Ada marjerin dengan coklat. Ada daging burger. Atas skali tu ayam tabur black pepper, bakar masuk oven. Makan cicah sos cili.


Kembali sengal. Haha! Order egg tart dengan cream puff. Ni makan sebiji memang tak cukup la kan. Diet memang gone. Huhu..


Overnite oat plak. Ini resipi pun pelbagai. Ada yang aku buat dengan susu HL. Ada yang dengan yogurt drink mixberry. Lepas tu tabur chiaseed, coklat cip, kurma, kacang, coklat rice. Makan dengan yogurt drink tu lagi sedap rasanya. Sebab dia masam masam buah so takdelah rasa muak sangat oat ni.




Bila weekend je memang kelaut lah diet aku. Sebab bila jumpa Hadi memang ajak makan je lah. Ni try makan western kat tempat viral. Cowboy Steakhouse kat Bangi. Kalau korang pernah makan kat Austin Steak House, aku rasa korang akan tahu mana lebih sedap dan berbaloi dengan harga. Hehe..


Roti nan tu mak Hadi yang buat. Sejenis mak mertua yang rajinnnnn masak. Aku je menantu hantu yang tak berapa nak rajin masak. Haha.. Dia bekalkan aku bawak balik Putra. Aku masak sambal sardin tu buat cicah. 


Bila ber-adik-kan seorang chef, salah satu halangan jugak. Huhuhu.. Masa ni adik aku offday. Dia masak 3 rasa. Ikan ape ntah aku lupa dah. Dalam gambar pun tak nampak ikan sebab ikan dah lemas dalam kuah tu. Haha..


Ini paling baru. Dalam minggu ni jugak. Hari tu aku beli makanan kat cafe kena cas sampai RM8. Teros rasa sentap taknak beli lauk kat cafe dah. Haha! Maka sila lah bangun awal pagi dan masak lauk untuk bawak bekal. Simple je pun. Sayur taugeh + tauhu. Telor dadar. Yang penting kenyang dan puas hati masak sendiri.

Aku taktau bila aku nak betul betul start diet yang betul. Sekarang ni suka baca kisah orang  orang yang dah berubah jadi kurus. Dan aku tengah tengok mana cara yang sesuai aku boleh ikut jugak. 


Kalau ikutkan banyak gambar dalam henpon aku ni. Cerita pun macam banyak. Tapi bila dah bukak dashboard ni terus kontang idea taktau nak tulis ape. Tu yang rasa macam boring je ayat ayat dalam entri ni. Haha..

Nanti lah sambung lagi. Belek gambar dalam henpon dulu. 


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..