Thursday, August 11, 2011

..: bebual kosong :..

Episod caca merba nasi campur. Semua benda aku borak jek kat sini. Takdo gambor yo.. Sebab aku rasa ade banyak benda nak cite cuma masa sungguh jelesh di situ. Huhuuu...

Hari ni dah 11 Ramadhan. Tapi aku takde rasa lagi nak tepek gambar menu berbuka. Ateee.... aku buka sorang sorang jek kat rumah. Encik suami adalah pulang keje lambat. Pukul 10 dan ke atas. Jadinye aku berbuka macam masa bujang dulu jugak la. Kadang kadang makan roti, kadang kadang beli, kadang tu buat air panas jek sudey. Makan kurma jek pong dah besh dah. Kunyah macam makan snek. Hohoooo~

Masa 1st dgn 2nd day puasa jek rasanya encik suami buka di rumah. Itu pun dah pukul 7 baru dia balik. Weekend lepas kami balik kampung sebab ade majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim. Tapi family aku tak complete pong. Sebab abah kena bertugas di Kuala Selangor. Ada operasi. Huhuu...

Semalam pun aku buka yang ringan ringan jek dulu. Lepas maghrib baru aku masak. Menu adalah megi goreng sebab ade dua paket megi goreng dalam kabinet. Rasa macam dah lama jek simpan. Sebelum xpired xperia, kita masak dulu.

Kelmarin aku masak nasi. Lauk ayam masak masam manis dengan lauk kentang + ikan bilis goreng pedas. Biasanya ape yang aku masak buka tu, aku forward sekali untuk sahur. Masak banyak banyak pun, kat rumah cuma berdua. Jadi untuk elakkan makanan tu semua masuk tong sampah, baik habiskan dalam mulut sendiri. Taklah membazir kan. 

Sahur pun tengok keadaan. Encik suami ni perokok tegar. Klw aku sedar dah terlambat pun, dia dapat minum air panas dengan 'berasap' jek pun dah cukup untuk bekalan puasa sehari. Tapi klw bangun awal, memang dia makan la. 

Malam tadi aku ade try buat cookies. Klw menjadi, boleh la buat tambah tambah kuih raya atas meja nanti. Tu pun kalau rupa parasnye cantek lah. Kalau tidak, masuk mulut sendiri jugak lah jawabnye. Hahaa ;p  Hasil malam tadi....?? Biar lah aku jek yang tau dulu buat masa ni, Heheheheheh ;D

Ada episod tertangguh ni. Pasal sambutan besday si akim dan anniversary mak dan abah. Kami buat seprais untuk diorang tu 2 hari sebelum puasa. Gambar banyak dah. Tapi aku macam busy la kat opis skang. Kat umah.... pc encik suami yg bunyi macam motobot tu sangaaaaaaatttt lah laju. Huh!~

Hari ni terasa nak buat puding roti lah pulak. Tapi kena tunggu encik suami balik bawak roti dulu. Sebab baru kirim dia pagi tadi. Nak masak ape malam nanti..... tak terpikir lagi. 

Owh, hujung minggu ni ada plan dengan kemal dan idot. Juga kak N. Cuma harap harap dapatlah kak N datang sini nanti. InsyaALLAH.

Bulan puasa ni jugak, bersusun lah program berbuka bersama sama di sana sini. Kat opis ni pon dah ade 2 3 majlis jugak lah. Yang unit nye lain, yang bahagian nye plak lain. Nanti kang yang dengan kawan kawan pulak. Huiiii..... bizi u susun jadual. Ahah! ;p

Dah terlanjur bebual kosong ni, aku nak ucap tahniah kat kawan aku yang berada jauh di negara orang ni. Atas kelahiran baby gurl nya, Nurin Sofea. Lembut jek nama tu kan ;)  Dia ni kawan satu skola dulu. Tapi lepas tu dia sambung blaja dan keje di korea. Lepas kawen pun dia balik ke sana dengan suami dia. Dan sekarang dia sudah berkeluarga. Yeayyy! *eksaited lebey plak ;p

Tahniah jugak untuk ofismate yang dah peknen 5 minggu, Liyana Safa-in. Take care wokeh =)

Tahun ni nak kena pikirkan rumah sendiri pulak. Jadi ada tambahan dua rumah di situ. Sebelum ni rumah mak nora jek. Sekarang ada rumah sendiri dan rumah mak nab [mak mertuaku] juga. Tapi rumah yang lain tu cuma tolong bagi kuih raya jek la. Rumah sendiri ni yang pening cket. Dengan langsir, karpet, alas meja, bekas kuih, nak kena lap habuk, nak kena kemas, sapu, mop, [okeh, kemas, sapu, mop ni mmg rutin la kan] wohh woohhh banyaknye nak kena buat??! *pitam~ (@_@)
Tu belum lagi raya nanti ade orang datang umah [ade ke??!] *pitam lagik~~ (@_@)

Okeh. Bangun! Bangun! Dah takmo pitam pitam dah. Pegi sambung keje. Dah banyak sangat bebual kosong nih. Hahaa

Sehingga ketemu lagi di bualan yang akan datang.. eh?? ;p


Daa.... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)