..: mahal :..


Hi. Sebelum bos lambakkan aku dengan keje untuk bulan 9 nanti, aku nak bebel jap kat sini. 

Gambar raya ada. Gambar tak raya pun ada. Tapi bila malas aku pun ada, elok je lah gegambar tu semua dok dalam henpon saje. Haha...

Sekarang ni aku bukan nak cerita pasal gambar. Aku nak cerita pasal definasi mahal untuk sesetengah orang. Ni semua sebab aku baru lepas berborak dengan seseorang. Dan dia menggunakan perkataan mahal ni, sedangkan pada aku bukan mahal. Tapi sangat mahal! Haha...

Ini mahal yang melibatkan duit untuk beli sesuatu barang. Untuk aku, mahal adalah sesuatu yang lebih daripada RM100. Sebelum ni aku boleh belanjakan duit untuk beli 2 handbeg dalam masa sebulan. Tapi beg murah je la. Dalam RM30-50 camtu. Memang mak panggil aku minah handbeg. Aku teruja tengok beg lebih daripada kasut. Tapi beg yang aku beli adalah murah. Aku tak kisah pasal brand asalkan design cantek. Kena dengan kaler dan yang penting besar. Sebab aku kalau boleh rumah pun nak sumbat masuk handbeg. Kahkahkahhh!

Tapi bila berborak dengan seseorang ni. Dia beritahu aku pasal satu outlet baru bukak. Macam JPO tu tapi yang ini bukan kat Johor. Dia beli handbeg. Murah katenye. RM200. Muraahhhhh nyeeeee *nanges* Pada dia RM200 tu murah?? Perghhhh!! Pada aku mahal dah tu. Huhu...

Nampak tak bila aku maksudkan mahal tu camne? Huntong tak Hadi dapat isteri yang beli barang murah macam aku ni? Hahahaa! Aku beli beg Vincci je. Sebab dia berpatutan. Size, design, harga, semua munasabah. Bukan aku tak pernah masuk butik Charles & Keith ke.. Elle ke.. Pernah jugak la berniat nak membeli. Tapi tak kena dengan jiwa. Cehhh jiwa sangat! Lagipun kalau yang brand luar negara ni, diorang kan kuarkan design ikut musim. Kalau kena design tu dengan musim diorang, dibawa masuk ke sini, mana yang ok tu ok lah. Mana yg tak kena tu mmg out la. Pada aku setakat ni yang ok macam Esprit dengan Mango. Itu pun kalau kena dengan musim diorang. Biasanya aku pakai beg bodo bodo je. Takda brand pun. Murah kan. Bukan murahan tau. Itu lain! ;p

Eh ok lah. Taktau nak bebel ape dah. Sebab teringat pasal benda ni masa iron baju pagi tadi. Tu yang rasa nak sambung bebel kat sini. Haha..


Daa... =) 

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..