Wednesday, June 17, 2015

..: anugerah perkhidmatan cemerlang :..

Hai.

Ini namanya rezeki orang nak kahwin. Eceh!

Aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Memula dapat emel, kata ada perjumpaan dengan Dato' Pengarah Bahagian. Aku dah cuak dah. Apsal pulak kan. Tetiba je.. Pastu tak lama orang dok sengeh sengeh ucap tahniah. Kepelikkan apakah...

Sampai laaa aku tahu rupanye aku salah seorang penerima APC. Alhamdulillah rezeki.. Memang ngam ngam masa majlis ni diadakan, aku nak cuti kahwin dah masa tu. So, lepas selesai je majlis terus kemas kemas balik kampung. 


Nombor tempat duduk dan nombor meja makan. Sehari sebelum majlis ada raptai. Makan semua disediakan. Hoih best giler! Haha..


Bersama mereka yang turut menerima APC dan sama Bahagian dengan aku. Tahniah! 






Majlis turut diserikan dengan kehadiran penyanyi lejen, Aris Ariwatan. Suara dia memang mantap! Lagu dia pun best. Selain dia, ada jugak artis artis JPA yang menyumbangkan suara. 

Tahniah pada semua penerima. Tahniah jugak untuk diri sendiri. Alhamdulillah.. Setahun buat kerja ni, tukar bos baru, dianugerahkan APC. Semoga aku tidak lupa diri dan terus komited, ikhlas dan berintegriti dalam menjalankan tugas. Aamiin... 


Daa... =)

2 comments:

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)