Monday, January 16, 2012

..: ayam sambal, roti telur dan apple crumble :..

Ayam masak merah, atau ayam masak sambal, atau 3 rasa?


Kalau macam tu saje, jadi lah ayam masak merah atau masak sambal. Kalau tambah sos tomato sikit, jadi la tiga rasa. Yang ade kaler hijau dan oren tu, aku tambah daun celeri dengan carrot. 


Kemudian, roti telur. Depan belakang pun salut telur. 


Bahan cuma telur, black pepper, sosej dan cendawan. Sedikit garam kalau nak letak. 
Sosej dengan cendawan tu kasi potong kecik kecik ye. Kalau nak dapatkan kesan kunyahan, jangan cincang halus sangat. Lepas tu buat bancuhan telur + sosej + cendawan + black pepper. Panaskan kuali. Celup roti dalam bancuhan tadi, lepas tu masuk dalam kuali. Kalau tengok cendawan dengan sosej tu tak melekat pada roti, taburkan sikit kat atas roti tu. Bila agak agak yang bawah dah garing, terbalik kan pulak untuk bahagian yang satu lagi. Makan dengan baked red beans pun sodap. Nak lagi efek omputih, buat sosej yang bakar dalam oven tu. Sapu butter sikit sebelum masuk oven. Ha lepas tu letak semua dalam sepinggan. Teros bole jadi western bekpesss... Huhuuu



Hari tu tetiba bole pulak nak try buat apple crumble. Lama dah aku tak buat ni. Last masa study dulu. Hahaaa

Masa ni tengah masak epal atas api. Dengan gula dan air sikit. Nak bagi dia pekat. Aku buat ni guna epal merah 2 biji, epal hijau sebiji dengan lai sebiji. Aku rasa macam kena tambah epal lagi kot. 


..: Ni sebahagian epal yang ditinggalkan :..


Ini...... kalau tak silap aku la kan. Tepung dengan marjerin. Dua cawan marjerin. Satu setengah cawan tepung. Gaul sampai jadi macam serbuk roti ni. Ini lah yang dinamakan crumble tu. Pandai pandai aku jek ;p


Tuang crumble tadi. Jangan tuang habis. tinggalkan sikit untuk lapisan atas sekali. Lepas tu tuangkan epal yang dah dimasak atas api tu. Tuang sampai dia tutup crumble tadi. 


Kemudian, tuang habiskan lebihan crumble tadi. Rata ratakan sikit. Lepas tu masuk dalam oven. Bakar dalam 10-15 minit api atas bawah. Atau pun, korang jenguk jenguk jek tengok dah masak ke belum. Heheee


*Aku mintak maap lah ye. Resipi tak semenggah. Bukan tak  ikhlas nak share, cuma tak berapa nak ingat dah. Huhuuu (-___-")



Daa.... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)