..: Tak puas hati tapi kena redha je... Huhuu :..



Okeh, keje dah siap. Jadi marilah kita mengisi masa dengan menghapdet belog. Waahhhh nampak mcm banyak sangat masa terluang tu kan. Hahahaa ;p

Aku dah ada cerita nak tepek sini. Tapi sebelum itu, mari kita meluahkan rasa tidak puas hati dulu. 
Ade dua cerita tak puas hati aku ni. Dah lama gak pendam tapi hari ni rasa macam nak luah plak. Ni semua fesbuk punya hal laa.. Kat fesbuk tak bole nak luah sangat. Kang ada yang terasa. Luah kat sini takpe. Sebab mereka ni tak baca dan tak tau pun aku ade belog. Lagi pulak, tak ramai pong yang tau pasal belog ni. Jadi senang la cket nak ngumpat luah perasaan. Huhuuu...

#1 Tak puas hati dan redha :

Kat fesbuk kan kita ada la grup macam macam kan. Grup kawan kawan sekerja la, sekolah la, seuniversiti la, dan se lain lain lagi. Aku taknak spesifik kan ni dalam grup mane. Tapi dia ni tiap kali aku log in je, mesti ade punye lah status terbaru dia. Lepas dia, dia lagi. Kemudian pulak dia jugak. Tidak lama selepas itu dia lagi. Sementelah pula [eh?] status dia kembali lagi. Sebelum dia, dia. Selepas dia pun dia. Hahahaaa... Pening tak?? Ke semak? Huhuhuuu.... Makan laaa... Jem laaaa... Emo keje banyak la.. Pc tak bole on laa.. Badan dah gumok la. Nak shopping laaa... Macam macam laaa.. Haihhhh....! (-__-")

Okaaaayyyyy... Aku tau akan ade yang cakap "sukati lah, fesbuk dia. Wall dia. Klw tak nak baca, unfriend. Atau block teros!" Hahaaa... Masalahnyaaaa dia tu kwn laaaa... Klw aku buat camtu kang dia perasan plak. Nanti jadi lain plak ceritanye. Ni aku nak luah kat fesbuk pun takut ade yang terasa. Sebab tu lah luah kat sini je. Huhuu..

Jadi nak tak nak memang kena nak la kan...?? Nak kena baca, nak kena redho yo laahhh.. Hmm... (-__-)


#2 Tak puas hati, tak paham kenapa, dan pelik :

Ini lagi satu hal. Dia dalam kelompok kawan kawan jugak. Melibatkan tiga orang. Aku, kau dan dia [eceh!]. Sebelum ni aku dengan budak pompuan ni memang kawan la kat fesbuk tu.. Dan memang kenal. Bukan di alam maya je... Cuma dah lama tak jumpa. Aku dapat tau dia macam minat kat sorang mamat ni, kawan kitorang jugak. Pastu aku aku pun baik dengan mamat ni. Kawan kawan kan. Pe de hal...

Dia ni pun sama macam kes tadi. Rajin gak update status. Pastu kadang kadang tu emo punye status. Sampai la dah beberapa hari aku tak nampak wall dia. Aku saje la bukak page dia. Nampak la button "add friend" kat atas tu... Owhhhhhh..... Patut laaaaaa... Patut la aku tak nampak status dia dah... Dia dah unfriend aku rupanyeee... Ahahahahaaaa ;D

Hello... We are ******mates kotttt... U unfriend me because of him ke? Walawehhhh.... Very the budak budak of u laaahhh... Haiyaaaa.... *i speak broken english when i feel bengang [not bangang] u knowwww*

So, okeh la. Orang dah taknak kawan kita kan. Kita redho yoo laahhh... Huhuuu..

Cuma aku pelik laa.. Dia mengapakah? Jelesh ke? Kawan kot.. Hmmm memang aku sungguh mentidakpahamkan keadaan ini. Hahaaa..

Sekian sahaja luahan perasaan saya untuk kali ini. Semoga tiada lagi episod luahan perasaan seperti ini di masa masa akan datang... [harap harap laa....]


*aku rasa macam tak best sebab aku kenal kedua dua mereka ni. memang kenalan. bukan di alam  maya saja. di alam nyata jugak. tu yang rasa macam... apsal camni eh... kan dah tak best... Huhuu...
**yang kedua tu sebenarnya lebeh tak best ah. hahahaaa ;p

Daa.... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..