..: cuti dengan keluarga mertua :..


Cuti Tahun Baru Cina hari tu 4 hari, Sabtu sampai Selasa. Kitorang bagi dua. Dua hari kat Kluang, dua hari kat Pasir Gudang. Memang takde plan ape pun selain lepak dengan family je. Jumaat malam kitorang gerak balik Kluang. Hari Ahad malam balik Pasir Gudang. Malam tu baru tau yang family Hadi plan nak pergi Lotus Desaru hari Isnin esoknya tu. Itu pun macam ye tak ye je. 

Pagi Isnin baru la konfem jadi then semua pun kemas kemas and aku tolong MIL masak nasi ayam. Mak mertua aku memang seorang yang rajin betul memasak. Aku rasa banyak masa dia habiskan kat dapur je. Lagi la kalau ramai ramai balik, memang dah bersusun menu dia nak masak ape. 

So gedebak gedebuk dalam lepas zuhur camtu kitorang gerak. Semua sekali ada 3 biji keta. 

Gambar bersepah sepah dan banyak. Sila lah mereput baca episod ini. Huhu... (>_<)













Masa ni tengah tunggu diorang setelkan check in. Aku memang taktau pape, tau datang je. Haha..

Ambik dua bilik. Satu untuk lelaki satu untuk perempuan. Sebelah sebelah je biliknya. Dia macam apartment. Tingkat bawah ruang tamu, dapur, bilik air, tv. Tingkat atas ada bilik air jugak dengan dua katil single. Naik tangga terus nampak katil.  Kira bukan macam bilik sangat la tingkat atas tu pun. Ada banyak jenis bilik kat sini. Ada yang setingkat je. 


Ayah mertuaku, Haji Suhadah. Dia rilek je orang nye. Ni pun tengah rilek kan. Hehehee... 


Haaa ni kat tingkat atas. Ade macam balkoni sikit, nampak tingkat bawah tu. Ni daripada tangga terus nampak katil tu ha. Yang lelaki ni diorang siap cantumkan katil tu. Tapi sudahnye diorang tido kat tingkat bawah tu je..


Kakak Hadi yang no. 4, betul betul atas Hadi. Adik beradik dia ni selang seli. Lelaki, pompuan, lelaki, pompuan, lelaki. Yang sulong je tak ikut masa ni. Yang ni kira bongsu pompuan la. Aku panggil dia Kak Ija. Owh itu hasil perkumpulan harta karun. Haha... Beg tu campur. Yang lelaki punye pun letak kat tempat kitorang. Sebab semua dalam satu beg. Bila diorang nak baju je memasing datang tanya bini. Haha..


Bekalan yang dibawa. Nasi ayam dengan lauk pauk, sandwich, kek gula hangus, kek chifon, karipap, ape lagi ntah tak ingat. Air pun siap bawak kopi dengan teh tapi gula lupa nak bawak. Haha.. Malam tu yang lelaki kuar pegi beli sekali pegi ngeteh. 


Ini Kak Iwa. Kakak yang kedua. Kira sulong pompuan. Lemah lembut je orang nye =)


Emak mertuaku... Hajah Husna. Dia pun cool cool je orangnye. Rajin layan borak ni. Kadang lawak lawak sikit. 




Ini antara cucu yang ada. Kiri kanan anak Kak Iwa. Yang baju pink tengah tu anak Kak Ija. 


Lepas check in petang tu, semua siap siap nak pergi mandi. Nasib baik pool dekat je dengan bangunan kitorang stay. Takde lah nak menapak jauh sangat. 




Yang depan kiri ni husband Kak Ija, Abg Safri.  






Lepas mandi pool tu, kitorang berjalan sampai ke pantai. Tapi tak mandi pun sebab diorang dah naikkan bendera merah. Ombak memang dah kuat gila masa ni. Angin tak payah cakap la. Memang boleh terbang. Haha...




Dah puas bermain di gigi air [eceh!], naik atas tu ada tempat basuh kaki, basuh pasir. Ni lah yang aku malas kalau pantai. Malas nak layan pasir yang sangkut kat seluar tu. Jenuh nak kuarkan. Huhu...

Malam tu takde ape sangat sebab Kak Iwa demam. Kitorang lepak dalam bilik je. Dah malam rasa sejuk gila. Bukak sliding door, bagi angin masuk. Lagi sejuk rasa dia. Malam sikit Kak Ija ajak jalan tepi pantai. Jap lagi dapat gambar diorang ni tengah layan pool. 


Yang cekak pinggang tu suami Kak Iwa, Abg Saiful.


Malam malam memang sentiasa dengar bunyi bunga api ni. Kitorang dengar dan tengok dari bilik je. Yang lelaki ni sebab diorang keluar pergi beli gula, pastu terus layan bunga api dengan main pool skali. 


Besoknya sebelum check out, pergi mandi pool lagi. Main gelongsor air tu sampai dua kali. Haha... Layankan bebudak dengan diri sendiri. Pastu balik mandi salin kemas siap siap semua untuk check out. 

Tak terus balik sebab diorang ajak lepak pantai kat Batu Layar plak. 


The lelakissss.... Tapi tak cukup pun. Ayah dengan Abg Safri takde dalam gambar. 








The perempuanssss.. Pun tak cukup korum sebab mak takdok dalam gambar. Eh, yang baju merah kecik tu lelaki. Camne bole sesat nih. Haha..



Anak bongsu dengan emaknye. Huhuhu...




Abang Hadi yang no. 3, Bang Wik. Okeh nama dia ni pelik sikit tapi aku suka. Hairul Lail. Nape panggil BangWik idok le daku tahuuu... Huhuhu... Yang ni masih single lagi. Hehe..

Kitorang lepak makan KFC kat tepi pantai ni. Sambil layan angin kuat. Tengah tengah makan tu gerimis pulak. Terus lelaju makan pastu kemas kemas balik. 

Begitu la cuti kami dengan family. Kali ni dengan family mertua. In Shaa Allah nanti dengan family aku pulak. 


Kita akhiri dengan gambar ni lah 


Dua anak dara besar belakang tu anak Kak Iwa. Dah ada anak dara pun badan mak diorang tak macam orang anak 4. Jeles betol! (-_-)

Penatnye nak habiskan episod ni. Ok bai. 



Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..