..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..


Ini cerita bulan September. Dah dua bulan lepas dah. Haha...

Aku dengan Hadi, kitorang share bulan kelahiran yang sama. Bulan September. Aku 10hb, Hadi 15hb. Tahun ni kitorang takde makan kek. Tapi bagi seprais lain pulak. 

Birthday aku hari Ahad. Aku balik Pasir Gudang Jumaat tu macam biasa. Tapi dapat arahan suruh cuti sampai Isnin. So aku pun cuti je la. Pastu biasanya kalau nak pegi jalan mane mane, hari Rabu atau Khamis Hadi dah suruh cari hotel dan tempah skali. Ni nak pegi hari Sabtu, Jumaat malam baru bagitau suruh cari hotel mane yang ok, yang best. Ehhhh terkejut sangat nihhhh.. Hahahahaa...

Maka ke Felda Residence Tanjung Leman la kita... (^_^)

Sabtu tu keluar rumah petang jugak. Pegi tengok wayang dulu, lepas wayang terus gerak ke Mersing. Masa tu dalam pukul 8 malam tapi jalan dah gelap. 

Gambar pintu masuk aku tak amik sebab sampai dah malam. Jalan ke Mersing tu kan gelap. Memang tak terpikir nak amik gambar pun. Pikir nak selamat sampai je. Huhu...

Staff Felda Residence Tanjung Leman ni friendly sikit berbanding Felda Residence Trolak. Kitorang sampai dah malam pastu walk-in je takde booking ape pun. Tapi dia layan tu mesra je. Yang Trolak tu siap booking pun, tapi... Hurrmmmm.... (-__-)



Bilik dia luas jugak. Ada sliding door mengadap laut. Bilik kitorang ni kat tingkat 1. TV ade channel Astro. 






Tengoklah orang yang kena kerja walaupunnnnn sedang bercuti. Haha... Henfon dia tu tak berhenti asyik berbunyiiiii je. Sabo je lah aku. Huhuhu...



Ni view dari beranda bilik. Hotel dalam pagar. Pantai belakang tu kira private beach. Tapi kalau berjalan sepanjang pantai tu, ke kiri sikit nanti jumpa la public beach. Kat situ ramai jugak orang mandi manda, berkelah, budak budak cari kulit kerang, anak anak ketam pun banyak keluar kat tepi pantai area Mersing ni.

Aktiviti kat sini tak banyak sangat untuk kitorang. Kalau datang ramai ramai ade la aktiviti yang sesuai. Ade kayak, campfire, bola tampar pantai, bola sepak pantai. Kira sesuai kalau untuk aktiviti teambuilding ke atau kursus ke atau family day. Siap ada jugak tempat untuk bbq. 



Kitorang memang takde buat apa sangat. Jalan jalan tepi pantai  je, amik angin, duduk duduk borak borak, amik gambar sikit, borak lagi... Banyak habiskan masa macam tu je sebab memang kali ni nak cuti yang bermalas malasan. Huhu... 

Main air laut sikit pastu pegi mandi pool pulak. Swimming pool dia kira besar la jugak. Dia memanjang tapi berlekuk lekuk. Aku takde amik gambar kat pool. Berendam lagi syiok. Hehe...

Kitorang check in Sabtu sampai Isnin. Masa Sabtu tu ada jugak la 3 4 family dengan orang berkursus. Tapi hari Ahad dengan Isnin tu dah sunyi sebab tinggal kitorang dengan ada 2 family je lagi. Tapi diorang blok sebelah. Memang sunyi tu terasa betul. Hari Ahad malam tu kitorang layan karaoke. Berdua je. Hehehee... 


Ni aku share video Hadi nyanyi. Tapi gelap tak nampak orang nye. Huhu..

Taktau la boleh tengok ke tak video ni.. 








Ini view dari dalam bilik pagi Isnin tu... 




Isnin ni dah nak balik dah. Pagi tu turun sarapan lepas tu mandi laut pulak. 







Lepas mandi laut, masuk dalam pool pulak. Last round. Hehehee... Kill the time kata omputih. Sebelum nak check out kul 12 tu. Tapi kitorang mandi pun sampai pukul 10 camtu je. Pastu masuk bilik, mandi salin siap siap terus check out. 



Sebelum balik kitorang singgah cari  hasil laut kat tepi tepi pantai dulu. Beli la sikit keropok kering, keropok lekor, ikan masin, udang kering, ikan bilis, jajan jajan sikit.. Buat buah tangan untuk dua dua mak. 

Hadi kata percutian kali ni adalah yang paling murah daripada yang sebelum sebelum ni kitorang pernah pegi. Aku rasa mungkin sebab takde buat aktiviti sangat. Tempat pun dekat je. Bilik pun ok. Makan pun dah siap termasuk sarapan. Kitorang cuma makan hari Ahad tu petang je. Malam tu buat air panas dengan megi je dalam bilik. Kos untuk karaoke pun berapa je. Kira ok la kali ni tak mahal sangat. Bajet ade banyak lebih katenye. Hehehehee....

Terima kasih kat kawan aku, Nor Faizah, yang bagi cadangan tempat kat Felda Residence Tanjung Leman ni =)




Okeh habis kisah birthday aku. Ni kisah birthday Hadi pulak. Hahahaa naseblaaa panjang bebeno episod kali ni =p


Aku taktau nak bagi hadiah ape. Andddd taktau camne nak sepraiskan dia. So aku dapat idea (ke ade orang bagi idea ni, aku tak ingat dah) untuk bagi yang jambangan ni kat Hadi. 

Biasanya kan bunga dengan teddy bear la, bunga dengan coklat la.. Aku rasa sangat tak sesuei ok lelaki nak bagi bunga. So kita tukar. Kita bagi belon besarrrrr punyaaa dengan coklat. Itu saje dah cukup dah. Hehe...


Hadi ni dia based ofis kat Pasir Gudang (PG), tapi kadang kadang dia kena pegi Teluk Ramunia (TR). So aku tak sure hari Jumaat 15hb tu dia kat ofis atau kat TR. Tapi takpe lah kita hantar je kat PG. 

Memang takde rezeki nak tengok muka terkejut dia tu sebab dia pegi TR. Hahahaa... So letak aje lah atas meja beliau kat ofis tu. 



Dapat tengok belakang pak guard je tolong bawak kan belon masuk dalam. Hehe...




Ini lah dia jambangan nye... Coklat ferrero rocher tu dalam kotak. Kat kotak tu aku mintak budak tu letak gambar kitorang dengan ucapan sekali. Besar kan belon dia. Macam ni harga RM200 siap hantar. Aku puas hati sangat. Cantek! 




Gambar penuh. Belon besar siap tulis, dalam tu ada belon love kecik kecik, coklat ferrero rocher dalam 10 biji kot = RM200




Tuan empunya bergambar di sebalik belon. Sengih sengih malu pulokkkk... Hahahaa...

Hadi memang tak sangka la akan dapat benda benda macam ni. Lepas tu kurier sampai rumah pulak hantar barang. Aku belikan dia Thermos. Tu kira hadiah la sebab dia selalu bawak kopi panas pegi keje. Tapi termos yang biasa dia bawak tu hilang mana ntah. Tu yang aku belikan je yang baru. Sambil tu biar dia ingat sekali kat isteri dia ni. Walaupun jauh. Heheheee...

Untuk belon tu, area Pasir Gudang - JB, boleh contact Instagram : Surprisedeliveryjb No tel : 012-900 2642. Tanya la dia cover tak area Johor yang lain lain tu. 
Owner dia sangat baik hati. Peramah dan friendly. Senang berurusan. Dia banyak bagi idea sampai aku terfikir nak buat yang macam aku bagi Hadi tu. 

Itu saje cerita birthday kitorang. Semoga Allah panjangkan usia kami, kekalkan jodoh kami hingga ke syurgaNYA, semoga kami dapat menikmati hari tua bersama sama, In Shaa Allah amiin... 


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..