..: Dating kat Bukit Ampang Pastu Dah Sampai Perak :..


Assalamualaikum...

Kesian nya tengok blog sendiri tak hapdet sekian lama. Marilah kita tepek sikit cerita. Biarpun dah basi. Huhu..

Ini masa cuti Tahun Baru Cina awal tahun hari tu. Bulan Januari. Bermula dengan jalan jalan KL, lepak berchenta kat Bukit Ampang, sampai lah tetiba si Hadi ajak jalan jalan Perak pulak. 



Cantek view. Masa kitorang lepak ni siap ade lagi orang main bunga api berdas das kat bawah tu. Dari atas bukit ni boleh nampak adalah dalam dua tiga tempat jugak main bunga api tu serentak. Meriah raya korang kan... Hehe...


Selfie konon nak nampak view belakang tu, tapi muka je dah menutupi segala keindahan. Seram betol! Hahahaa...


Masa lepak lepak tu dok pikir nak pergi mana nak habiskan cuti. Aku ingatkan Hadi takde la plan pape, rupanye dia nak pergi memana. Tak kisahlah mane pun..

Tetiba "Jom kita g Perak plak. Balik ni kita packing teros gerak"
Wah gituuu.. Bercakap seperti isteri beliau ada kuasa petik jari semua masuk dalam beg. 
Dia taktau ke aku kalau packing kursus yang 5 hari tu pun macam nak bawak rumah sekali gayanye. Itu memang dah tahu. Inikan pulak yang secara tetiba begini. 
Terus pikir dah baju apa nak bawak, tudung, barang mandi ape segala bagai. Kalau almari bole angkut konfem aku angkut je sekali. Hahahaa...



Jadi besoknya kami bersiap siap lah ke Perak.. Takde hala tuju sangat pun. Dah gerak baru la dok search apa aktiviti menarik boleh buat kat sana. Masa ni belum decide nak check in memana atau nak balik Putrajaya semula. 


Dah amik gambar berdua ni aku ingatkan dah la kan. Sebab dia bukan la jenis suka nak selpi bagai ni.





Tapiiiii bila aku selpi dia dok kacau laa haiiii... Sabo je laaaa... (-__-)



Ok la ok laaa.. Kita gambar sesama lagi laaa... Nak selpi pun tak senang. Haih...


Dalam perjalanan tu tetiba nampak bangunan ni kat tepi jalan. Terus berhenti masuk parking. Pastu beratur beli tiket masuk dalam. Haha...


Masa sampai ni memang tengahari. Memang sedang eloklah matahari tegak atas kepala. Memancor mancor panas nye tu. Huiiiii.... 


Gambar bertabur. Aku tepek je lah. Malas nak susun. 








 











Gambar atas bumbung rumah. Walaupun macam tak tinggi sangat aku tetap gayat. Tapi ku tahan jebat! Huhu... Gambar kat dalam rumah tak banyak sangat. Sebab orang ramai masa ni. Semua pun dok posing sana sini. Aku malas nak amik gambar sangat. 


Dah amik gambar jalan jalan satu rumah semua, kitorang teruskan perjalanan. 


Tahu tahu je dah sampai kat Menara condong Teluk Intan... 








Masa kat Teluk Intan ni baru pikir nak stay mane. Pastu baru kol dan buat tempahan apa semua. Ini namanya suamiku encik tak diduga. Haha...


Kitorang stay kat Hulu Langat. Nama tempat sebenar dengan nama tempat stay ni aku tak ingat dah. Search je kat gugel tu Hulu Langat, nanti banyak tempat tempat macam ni boleh stay. Terus kol dan booking. 

Nak sampai tempat ni boleh tahan serem jugak lah untuk aku. Mungkin sebab dah malam pastu jalan kiri kanan hutan. Gelap pulaknye. Huiiii rasa jauh sangat tempat ni. 
















Memang back to nature sangat ni. Huhu... Owh, gambar bilik aku tak amik sebab henpon dah habes bateri. Sampai tempat ni pun dah malam. 

Dalam bilik memang takde line. Kena keluar baru ada line. Lepas mandi kitorang makan KFC dah tapau siap siap. Sambil tengok tv. Tak lama pun sebab badan dah penat. Cas henpon aku pun tido pastu besok pagi terus keluar bilik dan amik gambar gambar kat atas ni. 


Memang rasa macam duduk  kat kampung la. Segar je hijau je sejuk je. Berbaloi la jugak tempuh jalan gelap memalam bila sampai tengok view macam ni. Ada macam macam jenis bilik. Macam chalet la lebih kurang tempat ni. Ada yang bilik air kat luar. Yang kitorang punye bilik air dalam bilik. Ada yang paten macam rumah panjang tu. Kira ok la. Harga pun tak mahal sangat. 

Tak lama tu kitorang mandi siap siap then check out. 
Jalan memang tak rata sebab kawasan dalam hutan dan atas bukit. Jalan kampung kecik je la. 


Ondaway turun dari chalet tu ada jugak jumpa banyak lagi tempat penginapan/homestay/chalet lain yang tengok macam ok jugak. Sebelah  air terjun. Ada yang siap kolam mandi. Mungkin lain kali boleh cuba stay sana plak. 


Daa.... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..