Tuesday, July 12, 2011

..: nak makan mesti lah nak mudah jek :..

Mari kita kongsi lagi resipi dan cara buat yang sangat mudah. Sesuai untuk orang yang pemalash dan nak cepat macam aku. Semua nak senang jek. Hahahaaaa ;p

Yang pertama, kita kongsi dulu....

 ..: puding roti tapi rotinye dapat sikit jek :..

Memang klaka okeh. Aku teringin sangat nak makan ni. Nak habiskan roti. Tapi roti tinggal berapa keping jek. Pahtu tambah plak bekas ni macam panjang. Tu yang dapat nipis jek lapisan dia. Kalau aku buat puding roti ni, banyak roti lagi besh. Pahtu bagi dia rangup rangup cket. Syedap! ;)

Bahan:
Roti [ikut lah brp keping nak letak. yang ni aku dapat 3 keping jek. sedih kan? (-_-)]
1/2 buku / 2 sudu besar butter
3 sudu besar gula
Sedikit susu cair
2 biji telur

Cara:
-Pukul butter dengan gula sampai gula hancur.
-Pecahkan telur. Kacau sebati sampai telur kembang.
-Tuang susu cair. 
-Potong roti kepada 4 bahagian. Susun dalam baking pan.
-Tuang adunan tadi. Letak lagi roti untuk lapisan atas sekali. Taburkan crunched oreo [yang ni optional].
-Masuk dalam oven. Aku bakar dalam 10-15 minit, api atas bawah sebab nak bagi roti rangup ;)


Yang kedua.... 



..: murtabak megi :..

Bahan:
2 bungkus mee segera
Sosej
Sebiji bawang besar
2 biji telur
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Isi ayam dipotong halus

Cara 1: Goreng
-Rebus mee segera. Tos dan sejukkan.
-Potong sosej, bawang besar dan isi ayam. Masuk dalam mangkuk. Gaul sebati.
-Pecahkan telur. Gaul lagi dan taburkan garam serta lada hitam.
-Masukkan megi. Satukan megi dengan bancuhan tadi.
-Panaskan kuali. Letak minyak sikit dan tuangkan bancuhan. Macam buat telur dadar tu. 
-Biar garing sekejap dan terbalikkan. 

Cara 2: Bakar
-Semuanya sama. Gaul sebati bahan bahan, kecuali megi terus masuk dalam baking pan dulu.
-Tuangkan bancuhan atas megi tadi. Letak cheese.
-Bakar. 

Kedua dua cara sedap dimakan bersama sama sos. 

Aku saje jek try yang cara bakar tu nak tengok camne pegi dia. Rasenye pada aku, lagi suke yang goreng tu kot. 


Selamat mencuba!


Daa..... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)