..: cuti raya haji :..


Tahun ni family Hadi semua buat korban. Nama aku pun termasuk sekali. Cukup la untuk seekor lembu tu. Disebabkan Raya Puasa hari tu dah balik Kluang dan raya dengan family aku, so Raya Haji ni kitorang balik Pasir Gudang beraya kat rumah mak Hadi pulak. 

Hari Khamis tu diorang start sembelih lepas zuhur. Dalam pukul 2 petang macam tu. Ada tiga ekor lembu semuanya. 

Cuti dari Khamis sampai Ahad. Tapi kitorang gerak balik Melaka hari Sabtu sebab Ahad tu Hadi nak rest. Sebelum balik Melaka, kitorang singgah rumah kawan baik aku masa sekolah rendah. Hadi pun kenal jugak sebab dah tentu kitorang ni satu kelas masa sekolah rendah tu kan.. 

Dengan dia ni kejap jumpa. Pastu nanti lost kontek. Nanti jumpa balik. Pastu lost lagi. Ni pun sebab dia komen kat insta aku. Terus mintak nombor telefon semua. Pesan siap siap lepas ni takmoooo dah lost kontek lagi. Huhu..














Nama dia Siti Hazila binti Abu Samah. Dulu dia ni banyak ajar aku doa doa harian. Sebab family dia macam Islamik sikit. Ok, bukanlah dia ajar aku secara terus. Tapi aku adajugak tido rumah dia, keluar dengan family dia, lepak rumah dia, macam biasa la kita buat dengan bff kita kan. Dari situ aku tengok la cara family dia terutama mak dia, dalam mendidik dia adik beradik. Dia cuma ada tiga beradik semua perempuan dan dia anak bongsu. Hehe... 

Size dia memang kecik macam ni daripada zaman sekolah dulu. Bila dia jumpa aku lepas habis zaman sekolah dulu, memang dia terkejut lah. Eh bebudak sekolah rendah memang terkejut kalau jumpa aku sekarang ni. Membesar bagai johan sangat kaannnn... Hahahaa 



Kami pasangan JDT. Heheee... Gambar bersama sama sebelum balik. Sampai berjumpa lagi. 


Daa... =) 

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..