..: kolam air panas :..


Ini kegemaran terbaru. Hadi la yang perkenalkan kolam air panas ni semua. Dia memang suka pergi kolam air panas ni. Memula dia bawak aku pergi kat kampung, kat Muar. Yang kedua pergi kat Air Panas Gadek, area Alor Gajah. Kali ketiga kitorang nak try kat Jasin ke Bemban ntah aku tak ingat. Tapi tutup plak. So pergi Gadek lagi sekali. Total tiga kali dah berendam kat kolam air panas ni.

Dua minggu lepas. Hari Jumaat aku pergi Melaka lepas habis kursus kt Kluang. Hari Sabtu kitorang boleh pulak tido awal. Pastu bangun pukul 2.30 pagi dedua kelaparan. Dok ngadap makan nasi. Pastu taktau nak buat apa dah. Haha...

Keluar pergi 7E beli barang pastu pusing pusing naik keta Hadi ajak pergi kolam air panas. Kita on jek lah. Balik rumah jap amik baju tuala segala, pastu keluar balik. 

 Bila lif ada cermin kan. Haruslah selfie satu kali. Hahahaa... 


Nak pergi kolam air panas ni memang syok pepagi lah. Kul 4 ke 5 ke. Lepas subuh ke. Sebab masa tu kan sejuk lagi. Best lah bila berendam dalam air panas. Bila matahari dah naik dah tambah plak panas membahang lagi. Kurang syok dia tu.


Dia je lah yang rendam satu badan pun. Siap menyelam semua. Aku rendam kaki je. Haha! Sebab malas nak salin baju segala. Cukup lah dapat rendam kaki. Itu pun tujuan aku kalau pergi kolam air panas ni. 

Macam pergi sauna pun ye jugak. Peluh meleleh leleh je... Lagi kalau dah naik matahari. Bila peluh meleleh tu dengan harapan lemak pun meleleh sama lah. Hahahaaa... Ok bai.


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..