..: sambut birthday :..


Bulan September lepas pun adalah bulan birthday Hadi. Tarikh kitorang beza 5 hari sahaja. Aku 10hb Hadi 15hb. Tak ada sambutan atau surprise sangat pun sebab aku baru balik dari outstation. Cuma belikan kek [yang dia tak tahu] pastu pergi makan kat Manhattan Fishmarket.





Kotak je yang besar. Tapi kek suku je. Hehee... Aku mintak tolong Akim belikan. Memang taknak beli sebuku sebab takut nanti lambat habis. Bila simpan dalam fridge lama lama jadi tak sedap kek tu. 







Dah potong kek jamah jamah sikit, lepas asar tu terus keluar makan. Bawak Akim sekali. Senang makan awal so malam dah tak payah nak keluar lagi. 





Bila suruh order semua cakap taktau. Sebab menu memang banyak pastu rambang mata la jugak. Sudahnye akuuuu jugak lah yang kena order. Huh.

Aku amik yang sharing platter. Dalam tu ada nasi, isi ikan, udang, bawang. Semuanya digoreng kecuali nasi tu. Tu pun sepatutnya kentang tapi sebab kentang habis, diganti dengan nasi. 

Kupang tu menu tambahan Hadi rekues. Aku tak boleh makan sangat seafood ni, so takde lah heran sangat. Hehe...




Out of topik. Dah selesai dah urusan aku nak dapatkan benda benda penting ni balik. Cuma henpon je lah belum dapat ganti. Ohhhhh robek hatikuuuuu bila mengenangkan...  (-___-)


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..