..: Jalan jalan melaka lagi :..


Well mane lagi pun tempat nak pergi dah kalau suami sendiri kerja dan duduk kat Melaka kan. Hehe... Ini dikira macam one-day program je. Tak plan pun. Sebab Hadi sekarang dah mula sibuk, hari biasa dia balik kerja pun dah malam. And Sabtu pun kerja. Kadang kadang Sabtu Ahad kerja. So dia dah susah sikit lah nak balik Putrajaya. 

Kebetulan masa weekend dua minggu lepas, family aku datang rumah sebab nak hantar Imm balik KL. Dia dah habis pantang 44 hari [yeay!], jadi kena la bahagi masa untuk family dan jugak suami. Huhu...

Family aku datang Jumaat malam macam biasa, balik hari Ahad pagi. Lepas diorang gerak balik Kluang aku pun gerak ke Melaka. Gigih kan (>_<")

Sabtu sebelum hantar Imm dengan Nanan [panggilan  manja untuk Hanan] balik KL, kita bawak dia jalan jalan Alamanda dulu.


 Olohhh... Reben lagi besar dari orang. Haha...


Muka orang lepas pantang sana tu memang lebih runcing daripada orang yang pantang nampak makanan ni yeh. Huhu... ;p

Balik dari Alamanda tu kitorang lepak rumah kejap sebab tunggu Idot kata nak datang tengok Nanan. Lepas dia datang baru kitorang hantar Imm balik KL.


 Raisha, adik dia Sufi dan Aisy tembam

Okeh kita terus ke cerita hari Ahad. Hahaaa... Aku sampai Melaka dalam pukul 11 lebih. Lepas zuhur baru keluar rumah. Sebab lapar pastu nak jenjalan sekali.

Hadi nak try mall baru. Sebelah dengan Swiss Garden Hotel kat Melaka tu. Nama mall ni The Shore. Mall nye biasa biasa saje. Tempat makan ade food court cina. Ada la restoran lain tapi tak rasa macam nak masuk je. Hehe..

Kitorang makan kat large fried chicken. Ape ntah nama kedai. Tapi memang ayam goreng dia besar la jugak. Dia amik bahagian ayam yang dada kot tak silap aku. Lupa sudey (-_-")

Lepas makan Hadi ajak masuk Oceanarium. Dia macam Aquaria KLCC tapi sebab tak pernah masuk Aquaria so aku taktau mana lagi best. Yang pasti aku teruja dan jakun bila masuk tempat ni. Hahahaa!


Lobster. Besar kan. Huhu... Dalam akuarium ni dia saje. 


Ini bapak shark. Hahahaa! Ni lepas tengok video 3D. Masa kat kaunter masuk tu nanti staff dia akan terangkan semua. Aku rasa dah macam dengar kaset je. Ulang ulang skrip dia sama je. Hehe... 

Dalam ni ada tayangan video 3D. Boleh beli spek 3D masa nak bayar harga tiket. Tu pilihan bukan kena paksa beli. Nak beli makanan ikan ke penyu ke pun boleh. Dalam ni boleh ambik gambar dan boleh pegang hidupan yang duduk dalam open akuarium. Ada la spesis laut macam gamat, tapak sulaiman, belangkas semua tu. 

Jalan jalan jalan sambil dengan jakunnye tu, aku tak berapa nak ambik gambar sangat. Hehe.. Owh masa kat kaunter ada jugak diorang bagi satu borang. Dalam tu ada soalan pasal benda benda dalam Oceanarium ni. Nak jawab tu kena pakai cop. So sepanjang perjalanan kat dalam ni, sambil sambil jalan tu sambil jawab soalan. Bukan aku la, Hadi yang rajin jawab pun.




Props macam ni diorang letak kat tengah tengah laluan tu. Boleh lah buat posing posing sikit. 




Dua gambar atas ni pasal ikan batu. Sebenarnya  ada ikan kat gambar atas tu. Sekali pandang memang tak nampak sebab memang sebiji bentuk batu ikan nye. 

Setiap akuarium ada maklumat pasal hidupan dalam tu. Rajin dengan tak je lah nak membaca. Ada banyak spesis. Kuda laut, belut, udang segala jenis, obor-obor, ikan pari, eh semualah ada. Pasal kejadian katak, lebah, rama-rama, nyamuk, semua pun ada. Kira bukanlah pasal laut je kat dalam ni. Pasal memacam binatang jugak walaupun nama dia Oceanarium. 


Ni dah sampai laluan nak keluar. Sebelum sampai sini lalu kawasan penyu berenang renang. Besar betol penyu dalam kolam tu. Turun tangga ni terus masuk kedai jual cenderahati.

Lepas maghrib kitorang sambung naik atas bumbung pulak. Masa beli tiket Oceanarium tu nanti staff tu akan tanya. Nak pakej sekali dengan sky tower atau tak. Kalau ambik sekali dapat lah harga murah sikit. So Hadi ambik je sekali harung. 


Kegayatan aku bermula. Huhuhu... Angin kuat pastu dengan dinding kaca ni, eh memang makin gegar lah lutut mak nak! (>_<)





Aku dah lah tengah gayat. Boleh pulak si Hadi suruh diri kat penjuru ni sebab dia nak amik gambar nampak view belakang tu. Kejap je lah sebab aku tak sanggup nak diri lelama kat hujung tu. Nak berjalan kat atas ni pun aku dok pegang dia je. Hahahaa memang gayat weh!

Tapi best la sebab view memang cantek. Masa kitorang datang ni ada ramai jugak pengantin buat photoshoot. Rasanya memang dah jadi tempat tumpuan untuk outdoor pengantin kat atas tower ni. 

Teropong ni boleh nampak semua tau. Satu Melaka kot. Pastu Hadi kata dia nampak orang pergi Econsave, beli barang apa, semua nampak. Aku ingat dia tipu rupanya memang betul hokay! Aku tengok sendiri memang nampak la ada orang berjalan bawak beg plastik semua. Huhu..

Ada banyak jugak la teropong kat atas ni. Lain lain sudut. Kitorang teropong hotel. Atas bumbung hotel ada swimming pool. Kitorang siap boleh nampak ada orang sedang berenang renang dalam swimming pool tu. Hadi lagi jahat. Sampai dalam bilik hotel pun nak teropong jugak. Hahahaaa!


Kat atas ni ada beberapa orang pengawal keselamatan siap wisel. Kita tak dibenarkan bersandar pada dinding kaca tu. Kalau ada je memang dengar tiupan wisel di sana sini. Bila kat area ni aku berani la sikit sebab dia kawasan lapang. Yang tadi tu macam jambatan je. Memang seriau la weh! Huhu..


Ade akuarium ni jugak. Ni kira atas sekali la. Masa memula masuk, akan lalu macam jambatan. Pastu naik tangga sikit. Boleh lah ambik gambar akuarium ni dari bawah. Nampak ikan berenang atas kepala. Naik atas lagi baru ada kawasan lapang dan nampak akuarium ni.

Aku rasa ayat macam dah kelaut sebab macam dah panjang sangat episod ni. Haha... 
Sebelum makin kelaut dalam, aku habiskan je lah. 

Untuk harga tiket :
Oceanarium 
RM28 untuk dewasa
RM18 untuk kanak kanak dan warga emas
Makanan ikan / penyu tambah RM5 kot. [yang ni aku tak ingat berapa hengget]
RM5 untuk cermin mata 3D 

The Shore Sky Tower
RM18 untuk dewasa. Kalau amik pakej dengan Oceanarium jadi RM10 sahaja.
Ada jugak kameraman ambik kan gambar kat atas ni. Betul betul posing kat tempat yang nampak semua view. Kalau nak beli gambar tu harga dia RM45.

Sekian.

Daa... =)

Comments

  1. panjangnyaaaa entri nii... hehe tp bestttt.. shoknya dapat tgk pemandangan waktu malam dgn insan tersayang cewahhh ;p

    dari ; imm si cantik manis ayu anggun.

    ReplyDelete

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..