Wednesday, June 20, 2012

..: Langkawi Episod 2 : Sampai di Kedah terus ke Pulau dan mandi Tasik Dayang Bunting :..

Best kan tetiba letak gambar sawah padi. Heheheee... Itu maknanye kami sudah sampei.... Di Kedah. Masa ni baru lepas subuh la lebih kurang. Sebab tu masih tak berapa terang lagi. Kami berhenti untuk sarapan pagi sebelum teruskan perjalanan ke jeti Kuala Perlis. 





Yang paling kiri itu adalah pakcik aku yang lebih kurang macam urusetia program la... Dia la yang bagitau lepas ni pegi mane, berapa hengget, pukul berapa nak kena ada dalam bas balik, ha camtu lah lebih kurang.. 



..: Tempat duduk kami dalam bas =) :..



Tandas dah pegi, perut dah kenyang, teruskan perjalanan lagi sampai la kat jeti Kuala Perlis. Memang sosak ya ampunnnnn... Ramai giler orang. Tiap tiap kali kami kena tengok tengok kira cukup tak ahli rombongan. Takut hilang dari pandangan. Heheheee






Memang berlanggar langgaran senggol senggolan cubit cubitan dengan orang sekeliling. Bila tiket feri sume dah disetelkan, kami pun beratur la untuk menaiki feri. Gambar gambar kat bawah ni menunjukkan betapa panasnya cuaca okeh. Taktau dan malas nak ejas camne dah kameranya. Huhuuu..



 ..: cik kadir dan cik ani. cik kadir ni adik mak aku yang bongsu :..


 ..: akim dan abang nizam :..



 ..: ehem ehem. eh, kembarkahh...? ;p :..


 ..: cik lin. yang ni isteri urusetia ;) :..



Nampak tak betapa terangnya pencahayaan semula jadi dalam gambar ni? Sakit mata kan. Bayangkan kalau berada di tempat kejadian. Pehhhhhh!! *lap peluh*





Bila dalam feri tu pepandai la bawak diri ye duduk mane mane janji jangan duduk tempat orang lain pulokkk.... Ni ade insiden tau. Ade sekumpulan ramai pelancong cina. Dah la duduk tempat kami, pastu kami pulak yang macam orang bersalah. Nasib baik dapat jugak tempat kami tu kalau tidak maunye gengster gengster kampung dusun semua senseng lengan. Hahaaa ;p






Perjalanan dalam feri dari jeti nak ke pulau agak lama jugak. Sempat mengantuk dan terlelap. Hehehee... Sampai je kat pulau, ada lagi bas lain dah sedia. So, kami naik bas tu pulak untuk ke hotel. 


Sementara tunggu bilik untuk check in....






 ..: bapak/tok abah borek :..


..: anak menantu cucu cucu semua rintik. heheheee :..




Tapi tak semua pun dapat bilik. Sebab ada lagi bilik yang belum siap dikemas. So, tumpang la dulu bilik mane mane untuk solat dan salin baju sume. Pastu turun balik sebab kami nak ke Tasik Dayang Bunting =)






 Harga untuk naik bot pergi dan balik = RM35


Memang panas wehhhhh...... Huhuuu.. 




Lagendanya adalah tentang kisah bunian. Dayang yang memadu kasih dengan [aku tak ingat nama jejaka itewww] telah bunting. Ni bahasa dalam cerita tu la. Bila dah sampai masa, dia melahirkan. Tapi anak dia meninggal lepas 7 hari dilahirkan tak silap aku. Disebabkan terlalu sedih dengan kematian anak dia, dia telah semadikan anak dia dalam tasik ni. Dan dia jugak macam dedikasikan la pada sape sape yang mandi atau minum air tasik ni, akan bunting. Dengan izin Allah.... =)
Lebih kurang la... Kalau terlebih ke terkurang ke maap yeeee.... ;|

Tengok bentuk pulau tu pun macam perempuan mengandung kan. Subhanallah.. 



Nak naik ke atas tu agak mencabar la jugak. Somput haaa... Makcik makcik kami ramai yang stay kat bawah saje... Owh ye, dan banyak kera juga di sini. Pantang nampak plastik ke air kotak ke kat tangan, pantas direntapnye! So, sila berhati hati! 






Sampai kat atas tu, apa lagi....


 ..: kasi mandi laaaa.... :..



Kami di tepian saje. Heheheee... Tapi ada la jugak mandi. Cuma tak seberani mereka itu. Dalam weh tasik ni. Cuak aku walaupun ada life jacket. Kaki tak dapat jejak dasar tasik tu laaaaagi cuak! (-_-")





Tapi mereka sungguh gembira. Siap terjun tiruk lagi melepas geram. Haishhhh....!
Yang kecik sikit ni tempat untuk budak budak. Jadi dia dah siap pasang pelantar kat dalam tu. Aku rasa macam nak mandi dalam ni je. Rasa selamat cket. Hahaaa ;p




Okeh dah. Panggil mereka semua naik atas. Kita nak balik dah ni. Udah udah la berenang tu.....


Malam tu aktiviti bebas. Kami sekeluarga keluar makan dekat dekat area hotel saje.
Tu signboard hotel la tu. Nama tempat kami stay ni Bella Vista.

 ..: happy family! yang penat tapi seronok dan lapar ;D :..


Selesai untuk hari pertama. Episod seterusnya akan menyusul. Pasti! Heheee ;)


~to be bersambung....


Daa.... =)

2 comments:

  1. Hmmm kalau kak ita berenang pun dah dalam, apetah lg imm yg berendam dlm tu... -,-

    ReplyDelete
  2. mmg dalam tau im. klw ingat2 tu seronok memag lah. tapi lebih rasa cuak oooo... ish, serem! huiiiii.....

    ReplyDelete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)