Friday, June 15, 2012

..: Langkawi Episod 1 : Bertolak :..

Salam sejahtera kawan kawan! (^_^)

Mari la kita mulakan dengan cerita Langkawi yang dah basi ini ye.... Heheheee ;p

Maklumat adalah seperti berikut :
-Percutian ke Langkawi. Kami naik bas saja dari selatan sampai ke jeti Kuala Perlis [kalau tak silap aku]
-Disertai oleh adik beradik sebelah emak aku [mak nora]. Beserta lah dengan suami, anak anak dan cucu cucu =)
-Sorang RM100 saje. Tapi ini cuma penginapan dengan pengangkutan bas tu. Makan, shopping dan masuk mana mana tempat dan naik bot yang perlukan bayaran, itu sendirian berhad =)
-Perjalanan bermula dari 25hb Mei [Jumaat] mlm, dan perjalanan pulang pada 28hb Mei [Isnin] mlm juga. 


Untuk episod pertama ni, aku tunjuk gambar perjalanan malam tu dulu lah ye. Kami gerak dalam jam 9 malam camtu. Dari Kluang. 



 ..: bujang bujangan duduk di barisan belakang sekali. ada 4 seat kat belakang ni :..


 ..: aku sementara je duduk dengan kak N ni. sebab nanti sampai kat hentian Sungai Buloh kot [tak silap jugak la..], Abang Nizam tunggu kat situ. Dan baru lah dia naik bas dengan rombongan kami :..



Masa berhenti di Kawasan Rehat, kami pekena air panas dan makan makan sikit buat alas perut. Masa tu dalam pukul 1.30 pagi camtu [klw tak silap lagi]. Heheheheee





Ini adalah sebahagian dari ahli rombongan. Gambar aku adalah kurang kerana aku lah yang mengambil gambar gambar mereka ini. Huhuuu

Sampai saje di Kedah esok paginya, kami terus bersarapan di kawasan rehat jugak. Tu nanti sambung episod baru yek. Buat masa ni, ini saje yang sempat aku hapdet. Maaaapppppppp..... ;(


Owh, dan maapkan jugak banyaknye penggunaan "klw tak silap aku la..." sebab kejadian pada bulan 5. Sekarang dah bulan 6 kan. Mendapat la aku dah tak berapa hengat sangat. Heheheeeeee

Tapi aku tahtap nak share jugak cite percutian ke Langkawi ni tak kisah la bila pun akan habis episodnye. Huhuuu

~to be bersambung....



Daa.... =)

1 comment:

  1. Heheheee baru bace intro nak pegi sane je dah rase best ;p

    ReplyDelete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)