..: plan last minit :..

Amaran awal : episod panjang berjelaaaaaa dengan gambar dan bebelan. Harap maklum. Huhu... Bila dah hujung hujung tahun ni biasalah kan. Ramai orang menghabiskan masa dengan bercuti. Ada yang memang dah plan awal ada jugak yang plan last minit. Haaaa yang last minit tu laki aku la tuh. Huhu... Start daripada pertengahan bulan 10 sampai bulan ni memang dia sibuk sesaja. Sampai lah pertengahan bulan ni macam dah lega sikit. Tetiba dia ajak pegi bercuti pulak. Nak pergi tu hari Jumaat sampai Ahad (18 - 20 Disember), hari Rabu petang baruuuuu dia bagitahu aku. Nampak tak betapa last minit nye kat situ?? Aku buat tempahan hari Khamis pagi. Segala laman web aku bukak. Pening omakkk! Naseblah apa yang ada tu kan. Memula nak pergi Genting Highland. Penuh dan hotel pun tak banyak sangat. Cari pulak Cameron Highland dengan Bukit Tinggi. Lepas dah berpinar bijik mata semua, aku booking hotel kat Tanah Rata, Cameron Highland je. So hari Khamis malam tu kelam kelibut l...