Tuesday, December 15, 2015

..: makanan minuman :..


Adik aku yang bongsu tu sedang bercuti panjang. Haha cuti lah sangat kan. Padahal sedang mencari kerja lain. Jadi, bila seorang chef berada di rumah dan memang kerja dia masak je, apa lagi yang dia buat kat rumah pun kan. 



Antara yang dia masak. Atas tu kuetiaw kungfu. Dengan mee kari. Ada lagi tapi mungkin aku lupa nak ambik gambar. Nasi Ujang pun dia ada buat jugak. Lagi ape ntah tak ingat dah. Ni dah lama jugak. Bulan lepas kot. Huhu...


Ini beli di cafe. Cili padi tu memang kena banyak camtu baru lah cili padi namenyeee.. Hahahaa...



Owhhhh roti! Aku memang tak boleh kalau tak dapat roti. Tak makan nasi takpe tapi tak makan roti menggelupur jadinye. Memang hantu roti. Lagi lagi roti putih gardenia tu.


Ini saje nak try pirate coffee. Ada yang kata manis. Tapi pada aku ok je. Takde la manis sangat. Ni aku beli coffee mocha. Masa ni kursus kat Kluang. Kebetulan nampak gerai diorang dekat je dengan tempat aku kursus, so ape lagi. Marilah mencuba. Ini pun kali kedua datang sebab yang pertama beratur panjang jugak. Tak sempat nak tunggu. 

Episod takde hala tuju sebab saje nak tepek gambar yang ade dalam henpon ni je. Haha..


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)