..: ahad :..


Setelah sebulan lebih Hadi tak balik Putrajaya, Sabtu lepas baru berkesempatan untuk balik. Sabtu dia kerja sampai pukul 6 lebih. Aku habis kursus kt Kluang hari Jumaat, petang sikit pergi Melaka sebab aku bawak keta Hadi. Sabtu tu dia kata kerja sampai tengahari. Dalam kul 12 ke 1 ke 3 ke dia balik la. Jap lagi kul 6 lebih baru balik. Duduk la aku dalam bilik sesorang layan henpong je. Huhuhu...

Dia balik keje, siap siap then terus gerak balik Putrajaya je. Sampai dah malam terus lepak  kat rumah. Ahad tu keluar pun dah lepas zuhur. Hujan pulak tu lagi lah malas nak keluar. Tapi kena keluar jugak sebab Hadi nak beli henpon. Henpon dia masuk air pulokkk...

Sebelum beli henpon, kita makan dulu. 



Saje nak try makan kat Zawara Coffee ni sebab aku memang dah plan nak ajak Hadi makan kat sini. Dia pulak jenis kalau nak makan ke nak buat pape ke, buat je. Makan je. Give it a try. Gituuuuu speaking teros! Hahahaa...

So aku saje ajak dia try. Sekali dengan nak try churros tu jugak. Konsep Zawara Coffee ni, masuk dalam kedai, beratur dan pilih menu. Terus order kat kaunter dan bayar. Nanti dia akan bagi benda bulat dipanggil pager. Pergi cari meja dan duduk dulu. Nanti bila order dah siap pager tu akan berbunyi macam penggera tu kan. Ha sila lah bangun dan ambil dulang yang berisi makanan dan minuman korang tu sendiri. Tisu, straw, sos, creamer, segala mala pun sila ambil sendiri jugak. 

Kitorang order kacang pool, buffaloo chicken wing dengan churros with chocolate dip. Air aku order white mocha [hot] Hadi order mocchiato ape ntah. Total semua RM68 tiada GST. Huhu...

Kedai dia agak sempit. Ruang untuk beratur kat kaunter nak order tu pun kecik je. Meja macam banyak jugak so agak packed la kat situ. Pada aku, kalau nak try bole la. Menu pun takde yang berat sangat. Cuma spageti kot yang paling berat. Lain ade sandwich, burger, lagi ape ntah tak ingat dah. Kalau nak tengok menu dengan harga, boleh tengok kat fesbuk Zawara. 

Rasa berbaloi ke tidok? Nilai kan sendiri. Untuk kitorang, mungkin ini yang pertama dan terakhir kot. Sebab macam tak kena dengan tekak sangat menu dia. Tak variety. Untuk lepak dengan kawan kawan pompuan, aku rasa ok la. Tapi ni pandangan aku la. 

Tu je cerita hari Ahad. Cerita beli henpon takdok. Malam tu sebelum balik rumah kitorang pekena mee goreng mamak plak. Lepas tu balik rumah Hadi layan henpon baru aku layan Gegar Vaganza. Haha..


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..