..: Kemaskini Kehidupan Episod 2 : Forest City Country Garden Johor Bahru :..

Assalamualaikum. Hi. Okeh sambung balik pasal donat J.Co tadi. Sebenarnya masa keluar tu kami plan nak pegi tengok wayang. Sebab kami dapat tiket free sempena birthday month. Pergi KSL City Mall, bawak anak sedara Hadi dua orang. Sampai KSL tu diaaaaaa baris punye panjang. Masa tu pun macam dah petang. Kul 3 lebih camtu. Kalau beratur taktau la kul brp dapat tiket. Lagi pulak cerita yang bole tengok dengan tiket free tu, tak banyak pilihan. So decide untuk kensel je tengok wayang. Plan nak lepak kat J.Co je dulu sementara pikir nak buat ape lepas tu. Baru keluar rumah. Bertabahlah, episod ini banyakkkkk gambar. Lagi lagi bawak anak dara dua orang tu. Huhu... Gambar bawah ni sementara tunggu Hadi beli donat lagi. Dah makan makan lepak lepak kejap, bincang bincang nak pergi mana semua. Aku pun cakaplah yang aku nak pergi tempat atau taman yang ada tempat pijak batu macam refleksologi tu. Hadi pun kata okay tapi tetiba T...