..: sonyap yooo... :..

Ramai yang cuti hari ni. Bukan setakat opis je senyap. Blog pun senyap jugak. 

Bila time cuti yang bole bersambung macam ni, memang lengang la.. Jalanraya lengang. Parking lengang. Kalau tidak tu, mesti dah risau nak parking mane. Kompem block kereta orang lain. Huhu... 
Opis tak payah cakap la kan. Hembus nafas pun bole dengar *tipu*

Semalam lagi dah set dalam kepala. Hari ni tak ramai orang kerja. So mestilah sistem akan laju dan senang nak akses. Dengan sungguh yakin nak rekod semua cuti pegawai sebelum hapdet cuti yang dalam sistem pulak. 

Tapi ramalanku hampa... Sama je peginye.... Sistem hanya bole log masuk. Tapi bila klik menu, tiga hari belum tentu boleh lepas. Haihhhh.....! (-__-")

Sia sia je aku tinggalkan 'Monday Blues' hari ni. Apepontakblehhhhh *bengang*

Balik lah. Tunggu lagi pun bukan bole buat keje. Harap harap Rabu nanti sistem akan bagi kerjasama. Walau pun aku tau harapan tu memang tipissssss sangat....! 


Daa.... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..