..: tahun baru 2013 :..



Ye. Walaupun sudah 22 hari di tahun baru 2013 ini, aku tetap merasakan perkara ini baru sahaja berlaku. Seperti tidak percaya. Sedih, terkejut, risau, macam macam perasaan pun ada. 

1hb Januari adalah merupakan hari Cuti Umum untuk kawasan Wilayah Persekutuan. Disebabkan penutup tahun lepas aku tidak bercuti, makanye aku menyambung cuti selepas tahun baru. Dan, memang Allah Maha Mengetahui, cuti tu aku gunakan sepenuhnya untuk menjaga adik aku.

Adik aku yang nombor 4, si panjang tu, yang bertunang bulan 10 yang lepas... 


..: Si baju putih. Iyaaaa... Dia itu lah :..

Dia telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Johor Bahru pada 1/1/2013. Betul betul tahun baru. Masa tu dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Dia menunggang motosikal dan kemalangan dengan kereta. Masa Mak Nora call menangis nangis, aku taktau nak cakap perasaan masa tu. Memang la risau. Tapi aku taktau condition dia. Cuma mak bgtau dia patah kaki. 

Bila dah sampai di JB, baru la aku mula rasa berderau. Dah mula kecut perut. Masuk je KPJ [Johor Specialist], laaaaagiiii la aku berderau. 

Masa kami sampai tu, kira masih fresh lagi. Darah darah di tangan pun belum betul betul dicuci bersih lagi... (-__-)





 Hari pertama di hospital. Kecederaan :
-Pipi dan sebahagian kepala sebelah kanan luka. Terseret di jalanraya.
-Bibir pecah dan luka.
-Gigi depan sompek [visor helmet pecah].
-Patah jari manis, pangkal jari kelingking, pergelangan tangan <--- semua kecederaan di tangan kanan.
-Patah peha kanan.
-Luka luka dan calar calar pada lutut dan tulang kering kaki kanan.
Kecederaan dia semua sebelah kanan. Sebab dia kena langgar daripada kanan dan tercampak. 


Hari kedua di hospital. 




Selepas pembedahan yang memakan masa 7 jam [9 pagi - 4 petang] untuk memasukkan besi pada paha dan tangannya yang patah. 

Hari pertama dia masuk wad, abah yang jaga. Hari kedua aku pulak masuk shift jaga dia kat hospital. Bergilir gilir dan ditemani abah sampai dia keluar wad.


Hari keempat:


..: bila dah lama sangat baring, dengan masuk dadah [read : ubat] lagi, bila didudukkan ni dia rasa panas. tu yang kakak baek hati ni tolong kipaskan. tu mulut gitu tu sebab tengah berborak ape ntah dengan abah. tapi bukan bebel kat dia. *perlu ke eksplain* (-_-")



Masa ni nurse datang untuk tukar cadar dia. Sebab cadar dah penuh darah akibat pembedahan tu. Dia mengalami pendarahan yang agak banyak. Sampai tangan tu kena balut macam tu. 


Hari kelima : 

Masa ni nampak dia dah segar sikit. Luka kat bibir dah kering. Abah lapkan badan dan salinkan baju dia. Lepas tu syampu kan rambut dia. Salin baju pakaikan kemeja. Siap aku bedakkan. Huhuhu...


 ..: lepas dah lap badan dia, dah salin kan baju, dah basahkan kepala, baru la nampak rupanya atas kepala dia pun banyak luka luka kecil macam ni :..



 ..: malam tu makcik pakcik semua datang melawat lagi. ni anak kak Iza suapkan cik uyi dia makan ;) :..



 Hari keenam : 


..: bila tengok dia macam dah ok sikit tu, aku suruh dia cuba makan sendiri :..




 ..: dia dah ade kudrat untuk membaca suratkhabar. eh, like father like son. huhuu.... ;) :..



Pagi pagi biasanya doktor yang bedah dia tu akan datang melawat dan tanya keadaan dia macamana. Dan pagi tu, hari Ahad, doktor datang macam biasa. Tengok keadaan dia pun doktor cakap nampak dah berseri sikit la.. Terus tanya nak keluar bila. Memang pilih hari tu jugaklah sebab Ahad kan. Sementara ada ramai kat situ, boleh tolong abah nak uruskan dia untuk keluar masuk kereta, nanti nak bawak masuk rumah lagi. 

Jadinye sebelum keluar wad, kasi lunch dulu....







Dan sekarang dia sedang melalui fasa fasa pemulihan di rumah. Alhamdulillah..... =)




Untuk aku yang menyambung cuti emergency?? Hasilnyaaaaaaaa....



.: penuh meja mak nokk....! hahahaaa [read : lakonan semata mata] :..


Daa.... =)

Comments

  1. Akhirnya..ain tau ape kisah si uri tu..
    Sian dia ye..ujian tahun baru..
    Semoga uri cepat baik..dia kn kuat semangat..

    ReplyDelete
  2. Hmmm... tu laaa...
    timekaseh ain sebab sabar menanti ;)
    Ujian tahun baru. Ujian bakal pengantin. Ujian org darah manis. Huhuu..
    In Shaa Allah.. semoga dipermudahkan. Timekaseh ain.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..