..: dugaan selepas hari jadi :..
Ada sesuatu yang menimpa aku elok je lepas hari jadi aku 10hb yang lepas. Tambah lagi, elok je lepas aku dapat hadiah besday dari Hadi. Haihhh rasa nak menangis plak bila nak cite. Huhu (-__-) Okay macam ni cerita dia. Hari Sabtu, 12hb September. Aku dengan Hadi pergi jemputan kahwin kawan Hadi kat Batang Kali. Aku tak tahu la kenapa ntah dengan aku hari tu. Hadi pun perasan. Selalu kalau dia pesan, aku tak pernah lupa. Tapi hari tu aku lupa bawak power bank padahal Hadi dah pesan awal awal lagi. Henpon kitorang bateri dah nyawa nyawa ikan. Dengan nak on GPS lagi sebab tak tahu dewan tempat majlis kawan dia tu. Dah separuh jalan baru aku teringat yang aku tak bawak power bank. Nasib baik ingat nak bawak hadiah (-__-") Sampai kat dewan tu, dah makan ambik gambar, borak borak dengan geng Hadi, kitorang saje pergi satu tempat ni diorang panggil empangan. Memang empangan air tu. Ingat kan boleh lah pergi dekat dengan air tu, rupanye dah berpagar kawasan tu. Tengok dari luar...