Thursday, January 7, 2016

..: BORAK KOSONG - GOSSIP :..


Pagi tadi aku buatkan bekpes kuetiaw goreng untuk adik adik. Nampak macam kakak mithali sangat kan. Ceh! Sambil masak tu aku tetiba terpikir pasal benda benda ni. Terus rasa nak kepochi kat sini. Hahahaa...!

Memula pasal Fazura.

Aku minat dia ni sejak dia berlakon Gol & Gincu. Sebab dia berlakon bersahaja sahaja sahaja. Macam tak berlakon. Memang itu karakter dia. Pastu terus minat dia berlakon cerita Histeria, pastu drama filem semua lah. Sampai gosip dia dengan TMJ tu pun, lagi lah suka sebab minat kat dia kan. Tapi aku TERjadi tak minat lepas kes kimK tu. Terus rasa macam... Hmmmmmmmm....! Takpelah. Huhu..

Pastu pasal cite baru kat Astro plak.




Novel jugak rupanye. Huhhhh... Aku taktau pun pasal cerita ni. Hari tu tak sengaja ter alih siaran astro. Tengok tengok eh macam best pulak. Syatilla Melvin ni suka la tengok dia. Kurussssss je. Tinggi. Pastu berlakon pun slumber je dengan Kamal Adli ni ha. Serasi jugak tgk diorang ni. 

Yang peliknye, cerita best camni macam takde plak iklan atau promosi daripada Astro tu. Atau aku yang dah lama tak tengok tv? Kalau si kulit putih pucat tu berlakon, kemain iklan dia saje. Walaupunnnnn watak dia, jalan cerita dia, sama je tiap cerita pun. Huhu...

Masa kes Fazura dengan Syatilla ni, yang dengan Saheizy Sam dulu tu. Aku macam kureng je rasa dengan Syatilla. Tapi lepas kimK, pastu tengok drama ni, rasa macam ok plak Syatilla ni. Hahahaaa! Ntah pape.

Okeh itu je perasaan aku sepanjang menggoreng kuetiaw pagi tadi. Sekian, terima kasih.


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)