..: cerita tahun lepas : episod 1 : Bukit Tinggi & Genting Highland..


Selamat Tahun Baru 2017. Dah 11 hari dah. Alhamdulillah...

Cerita basi masih banyak tertunggak. Marilah kita clearkan dulu satu persatu. Huhu...

Anggap je lah sebagai perkongsian. Bukan update sangat pun tapi just sharing =)

Dimulakan dengan cerita percutian ke Genting Highland. Eh tak, sebenarnya Bukit Tinggi, Rabbit Farm, Strawberry Farm dan Genting Highland. Hehe..

Kitorang pergi ni dalam bulan Oktober 2016. Haaa betapa basinye cerita. Haha! Pergi dengan kawan baik Hadi daripada zaman tadika lagi. Ni kira blood brother la.. Dia bawak anak dan isteri, dan kami berdua. Hotel semua kawan dia yang booking. Kami just follow saje..

*NOTE : Gambar adalah banyak dan mungkin sedikit bersepah. Aku malas nak susun. Sila tengok sampai muntah (-__-)


Kawan Hadi ni namanye Erik (Shazrik), wife dia Ekin dan anaknya Sumayyah. Tapi masa ni Sumayyah tido kot. 




Tempat pertama, Japanese Village (Perkampungan Jepun). Belum ada anak lagi so kita pinjam anak orang dulu. Haha..

Apa yang Jepun nye kat sini adalah, bila dah jalan masuk dalam ni, ada la rumah orang Jepun. Dalam tu bole lah kalau nak pakai kimono semua tu. Dan amik gambar. Ramai pelancong la yang suka pun. Tapi nak beratur tu panjang la jugak. Kitorang tak pakai pun, just jalan jalan saje... Hijauuuuu sepanjang jalan. Ada sungai sikit, naik tangga batu sikit, ada buluh buluh sikit, ha gitu la lebih kurang. 












Ni lah rumah Jepun tu. Kitorang  bergambar kat tepi je lah yang mampu. Nak beratur memang idok le.. Haha.. Kat dalam tempat ni ada kawasan dia susun batu batu macam marmar tapi kecik kecik je. Bila pijak batu tu sejukkkk je. Best! 




Ni dah berjalan sampai ke hujung. Ada botanical garden ke ape ntah. Macam kawasan pokok pokok camtu. Tapi tak boleh masuk pulak. So kitorang stop kat sini je la amik amik gambar. 






Masa ni dah ondaway turun balik dan nak kuar dari Perkampungan Jepun ni. Kitorang nak teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi Plak. 













Tempat wajib amik gambar kan kat sini bila dah sampai Bukit Tinggi. Hehe... 











Masa kitorang pegi ni macam panas sikit cuacanya. Takdelah sejuk mana pun. Bila dah naik menara kat belakang tu baruuuuu lah rasa sejuk sikit sebab angin kuat kat atas tu. Lega sikit rasa dapat keringkan peluh. Huhu...














Dah turun balik, kasi basah tekak sikit lah. Minum kopi dengan makan kek. Ok lah harga dia takdelah mahal sangat. 








Ni dah turun bawah balik. Dah habis pusing dalam kawasan tu. Ni kat luar, kena turun tangga sikit. Ada kolam ni. Dalam tu ada angsa putih ni dengan angsa hitam. Tapi kawasan nye diasingkan sebab yang hitam tu macam ganas sikit. 









Ni dah keluar dari kawasan Bukit Tinggi tadi. Berdepan je. Belakang tu hotel kot. Ntah. Hahahaa... 

Pastu kitorang pegi Rabbit Farm pulak. 


 
Selain arnab ada jugaklah binatang ni. Rusa eh. Ke kancil. Hahahaa... Abes kena maki je aku ni kang. Semua pun taktau. Apepontakbley (>_<)  Binatang ni dia pejam mata pastu dia landing camni. Taktau la dia tido ke ape. Memang tido camtu gayanye kot.


Erik dan Ekin melayan Sumayyah bagi arnab makan. Aku tak tahan sebab hidung dah sakit. Mungkin alerjik dengan bulu arnab kot. Sebab dalam kawasan bagi arnab makan tu, memang berterbangan bebulunya, pastu arnabnye pun lepas bebas je lari sana sini. Lelama tak tahan, aku kuar duduk kat bangku kayu tepi ni tunggu diorang. Lagipun kaki memang dah tak larat sangat sebenarnya. Hahahahaa...



Akhirnyaaaaaaaa.....



Check in Hotel Seri Malaysia Genting Highland. 


Alhamdulillah... Nikmat gila rasa dapat masuk bilik, mandi dan baringggggg... Memang takde ape program dah lepas tu. Malam pun kami just keluar makan area hotel je. 


Sila bertabah (untuk diri sendiri jugak), aku nak sambung lagi pasal besoknye pegi Strawberry Park dan naik Genting Highland pulak ni (-_-")






Kat pintu masuk. Masa semalamnye yang pegi Bukit Tinggi tu Hadi pakai jeans, cuaca kemain panas lagi. Yang hari nak naik Genting ni dia macam balas dendam la kira. Pakai shorts je. Sebab nanti ingat panas jugak. Jap lagi pagi tu hujan gerimis dengan angin sejuk meniup lembut. Hahahaa hamek ko... Silap perhitungan. Nak cover sikit sejuk tu dia amik shawl aku lilit kat leher. 











Gambar stroberi takdok. Gambar bebunga je banyak. Cantek sangat nih, kena amik gambar. Sekali fefeelin' Dilwale lagi. Haha! Lebih kurang je macam kitorang pegi Cameron dulu. Stroberi, kaktus, bebunga, camtu la lebih kurang. 











Duduk jap pekena kopi stroberi. Sedap jugak. Cicah biskut Sumayyah punye. Lagi tambah sedap. Hehehehee...


Bear besar tu tetiba je ade kan. Haha! Dalam pada jenjalan tu, ade la tempat macam main game funfair tu. Hadi saje try baling tin guna bola kecik. Macam main boling tu. Kalau jatuh semua tin, bole dapat bear besar. Tak sangka plak bole jatuh semua tin. Tu yang dapat bear tu. Huhu...

Ok dah selesai semua, marilah kita menuju puncak gemilang cahaya ke Genting Highland pulak. Sebab masa ni skyway sedang dalam proses baikpulih. Jadi marilah kita bawak kereta sampai ke atas.



Tu diaaaaaa kabus tebai bak anq. Memang sejuk laaaa... Angin kuat. Ini baru Genting! Hahahaaa...


Hadi sedang mengetest tahap kesejukan dan tahap kebolehan beliau menahan sejuk. Sesambil berasapkan mulut kengkonon nak bagi panas sikit. Ceh!



Tapi tidak berapa tahan sejuk rupanye. Haha! Jadi sedikit menyesal sebab pakai seluar pendek. Hahaha... Tu tengah adjust camne nak bagi kurang sikit sejuk. Erik bagi pinjam baju dia tu. Memula pakai kat luar, nampak pulak perut 'tough' Hadi tu. Dia tukar pakai baju tu kat dalam, tshirt kat luar. Baru ok sikit. 





Sumayyah pun dibungkus abes oleh mak bapak dia. Hehee..


Ni sepanjang jalan yang lalu kat arcade semua tu. Sebab outdoor tutup, so kita jalan kat dalam je lah. Nak main game dalam ni memang idok le. Jadi lalu saje lah. 





Tempat beratur nak naik skyway pun lengang lapang. Sebab tak bole naik kan. Cuba kalau tak, mesti dah penuh dah ni. Termasuk kitorang sekali beratur. Tapi macam ok jugak la pegi time camni. Tak sesak tak rimas sangat. 








Kita naik train dan ride yang dalam mall je lah. Yang kat atas, yang kat bawah, semua kitorang layan je. Semua pun demi memikirkan Sumayyah. Hehehe... Sampai ada satu tiket train tu kitorang bagi je kat Erik. Tak larat dah nak pusing lagi. Pusing pun situ situ je jugak. Haha! So merasa lah diorang pusing 2 kali naik train tu.. Hehe..

Dah habis semua, ingat nak balik dah. Jap lagi hujan lebat pulak. Makan dulu kat dalam tu sementara tunggu hujan reda. 




Nak balik dah. Ni kat depan pintu masuk. Sebab sejuk sangat terpaksa tutup hidung. Aku ni kalau sejuk sangat hidung jadi sakit. Tu yang kena tutup tu. Masa ni dengan angin kuat nye dengan hujan nye. Huiiiii...!








Tebal kan kabus tu kan... Memang sejuk giles laaaa aku rasa...





Okeh marilah kita kembali ke pangkal jalan turun ke alam nyata. Dah habis dah bercuti sesejuk di Genting Highland. 


Sehari aku nak mengabiskan episod ni. Punyela panjang (-__-) 
Nanti kita sambung lagi cerita tahun lepas yeh. 



Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..