Tuesday, March 7, 2017

..: LAGI PERCUBAAN (UNTUK DIET) :..



Kononnnnn nak diet laaa.. Ntah berapa kali konon taktaulaaa... Haha!

Jomlah layankan aje usaha hangat hangat taik ayam aku ni 



Takdelah usaha sangat pun. Ni roti tu dah silap dah. Patutnye wholemeal kan. Isi dalam ok la kot. Salad dengan telur rebus. Minum susu.


Haaaa teros makan nasi. Hahahaa! Tapi amik bahagian yang kecik tu. Sayur lebihkan. Letak sambal belacan sikit. 


Ni ayam marinate kemudian bakar dalam oven. Tepi tu sambal tumis budak opis masak. Nak jugak suruh aku rasa, so letak lah kita kat tepi tu sebagai pencicah. Huhu..




Ni dua kira lulus kot. Salad + telur rebus dengan salad + telur rebus + ayam rebus. Makan ni pun kenyang dah sebenarnya. Ayam rebus tu pun sedap rupanye. Tak payah letak pape dah sedap. Still ada rasa manis manis. Kalau nak sedap lagi tabur la black pepper sikit.  


Nasi lagi. Hahahaa... Ayam rebus, kemudian letak kicap dengan black pepper sikit.


Ni aku taktau la paling menepati piawaian ke ape. Roti dah ok wholemeal bread. Inti pun ok, salad dengan telur rebus. Air susu HL. Ade kawan aku kata diet tak bole minum susu. Kira tak menepati jugaklah  ni. Hahahaa...

So itu la dia antara percubaan aku yang kebanyakkannya gagal. Dan tidak menepati piawaian. Ini kalau coach online tengok memang kena gelak je laa.. Hahahaa...

Semoga ada lah usaha lagi lepas ni. Harapaannnnnn...



Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)