Thursday, October 13, 2011

..: mari cuba ;) :..

Aku nak share sikit tips yang aku dah praktikkan kat rumah. Untuk aku menjadi le, tapi klw kamu orang ade cara lain, meh le share jugek ye =)

1) Menghilangkan bau dari bekas. Untuk kes aku adalah serbuk kunyit. Dan aku nak gantikan serbuk kunyit ni ke dalam bekas lain.


..: gambar hiasan yang kesatu :..



Masa bujang dulu, housemate aku suka goreng tempe bersalut kunyit ni. Dia simpan serbuk kunyit ni dalam bekas kedap udara. Bila dia pindah, dia tinggal bekas tu dengan isinye sekali. Bila dah duduk lama dalam bekas tu, bertukar kuning la kan. Pahtu kunyit ni kan bau dia kuat. Jadinye memang agak susah la nak hilang klw sekadar kita basuh macam tu jek dengan pencuci pinggan mangkuk.

Cara aku adalah:
1.1 Rendam bekas tu dengan pencuci pinggan mangkuk yang cecair [klw boleh]. Picit sikit masuk dalam bekas tu, letak air sampai buih buih. Pahtu biarkan. Lama cket la. Setengah hari ke, satu malam ke. Lagi besh klw pencuci tu yang bau lemon ke apel ke. 


 ..: gambar hiasan yang kedua :..

Sedap la bau dia rasa nak makan jek. Haihh.... 
Lepas dah biar tu, bole la buang air sabun tu dan basuh macam biasa. 

Klw guna pencuci pinggan mangkuk yang jenis paste macam ni


..: gambar hiasan yg ketiga :..


Pun bole jeee... Cedok la sikit masukkan dalam bekas tu dan letak air sampai jadi air sabun yang berbuih buih. Pahtu caranye sama jugak. Basuh macam biasa.



Klw masih tak hilang bau, rasa dan warnaaaa????

1.2 Bancuh air oren atau air limau atau air sarsi atau air anggur dalam bekas tu. Pun biarkan dalam sejam dua ke. Kemudian basuh macam biasa. Aku bancuh air oren dan guna air paip jek. Takkan la nak minum pulak dari bekas serbuk kunyit kan. Hahaaa ;p

InsyaALLAH akan hilang bau dan warna serbuk kunyit tu. Kemudian bekas tu bole la digunakan untuk isi benda lain pulak kan  =)



2) Menanggalkan gam stiker/tanda harga dari pinggan/mangkuk/sudu/senduk/cawan dan sebagainya. Ini yang kaca atau steel la biasanya. Klw kayu senang. Klw plastik pun senang kot. Dan ini untuk kes yang stiker/tanda harga dia tu pegi lekat kan kat sebelah dalam mangkuk/pinggan tu.

*Untuk kes aku ni, mangkuk steel dan sudu.

..: gambar hiasan keakhir. siap pakej ade kucing dalam mangkuk. hahaaa ;p :..

2.1 Cara aku adalah dengan memula kopek dulu stiker/tanda harga tu. Klw terer, memang tanggal la sekali harung gam dia dengan kertas kertas tu sume. Kot tiba time tangan tak bedung kan, bila kopek, tertinggal plak sikit sikit kertas stiker ke kertas harga tu kan. Haaaa.... time ni dah bole pegi masak air panas. Sambil tunggu air didih, tuang sikit minyak masak kat dalam mangkuk. Klw bole biar kena kat tempat bekas gam tu. Bila air dah menggelegak, curahkan dalam mangkuk tu. Ini pun klw bole biar dia kena ngam ngam kat tempat bekas tu. Pahtu biarkan kejap. 

Agak agak air macam dah suam suam ke, kuis kuis cket mangkuk tu dengan kuku ke dengan sudu ke. Sampai tanggal gam gam dia sume. Kemudian bilas seperti biasa untuk hilangkan kesan minyak.

InsyaALLAH bekas tu akan bersih tanpa kesan gam lagi =)

Klw tips ni tak menjadi, ahku mintak maap lah yo. Heheheee
Dannnn klw kamu orang tu ade tips tips yang besh jugak, meh le kongsi kongsi yek ;)


Selamat mencuba! 

*Gambar hiasan dari encik gugle gugel


Daa.... =)

1 comment:

  1. Jom lawat blog Dress sweet sy, http://dresssweet.blogspot.com & jadi member utk diskaun

    ReplyDelete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)