..: sakit gigi :..



Antara 3 sakit yang paling sakit. Huhu...

Memang sakit laaaa... Aku tak ingat berapa minggu aku bertungkus lumus menahan sakit. Bila dia berdenyut tu yang tak tahennnn tuh. Meniarap, mengereng, telentang, telungkup sume aksi buat lah. Tapi hape pon tak bley...! (-__-")

Sakit kat gigi belah kiri, bawah. Tapi dia punye kesaaannnnn... Aku rasa sume org pun tau kot! Kepala tak payah cakap la dia punye bengal sama. Badan pun lepak je... Rasa nak demam, meremang, huiiii macam macam lah.

Terus aku gogel petua nak hilangkan sakit gigi. Memang tak sabar nak balik keje nih. Nak buat sume petua tuh. 

Yang aku buat antaranya...


Kumur air garam. Bancuh tak kisah la air suam ke air biasa ke. Pastu kumur. Macam kita kumur listerine. Tapi benda ni tak bole bagi hilang sakit serta merta pun.. Huhu...


Lepas tu aku cuba lain plak. 


Bawang putih. Tumbuk kasi lumat. Ada yang kata campur cuka. Tapi aku tak. Aku campur garam. Pastu tenyeh kat tempat yang sakit tu.

Hasil??
Memang terbaeeekkkk....! Dia punye rasa 'menangkap' tu mcm kalau kita ada mata ikan kat mulut, pastu kita letak garam. Haaa camtu rasa dia. Tapi kejap je laa.. Lepas tu sakit jugak lagi. Huhuu...


Sebab tak tahan sangat dah, aku rasa silap silap aku tak tido pun. Jadinye aku pegi 7E beli ubat sakit gigi. Ada kawan aku cadangkan serbuk kaki 3 ke 3 kaki. Camtu la. Tapi takde pulok. Beli ape yang ade je lah. Darurat! Huhu...


Budak 7E tu cadang yang ni. Hurix's punye. Aku sebat je la. Dah tak tahan sangat. Siap budak tu cakap lagi, "Semoga cepat sembuh kak.." Bagus lah adik ni. Lega ahkak dengar. Hehehee ;D

Ubat ni ade bau herba herba gitu. Tulis kat kotak makan 2-4 biji sekali mkn. 3-5 kali sehari. Tapi aku makan sebiji je. Sebelum tido. Bergantung pada tahap sakit tu. Kalau besok pagi tu aku rasa macam ok lagi, aku tak makan. Tapi bila macam dah nak hilang je kesan ubat ni, aku makan lagi sebiji. 


Kesudahannyaaaaa....


Yaaaaaaa.... Ini adalah yang terbaik okeh. Pegi klinik. Hehee...
Aku nekad je pegi nih. Nak tau ape masalah sbnrnye. Lubang ke kena cabut ke.. Sampai klinik, tunggu tak lama sangat nombor aku dah naik. Masuk bilik jmpa doktor, dia cek cek sume. Teros bgtau, kena cabut ni.. Awak dah redi nak cabut ke nak set appoinment lain? Aku konfiden teros cakap cabut je laaa.. Dah tak tahan kan. 

Gigi aku ni, dari akar tu macam dah reput. And gusi macam dah lebih, dia macam dah nak tutup gigi tu. Sebab tu rasa sakit dan kena cabut. Tu pun doktor kata dapat cabut gigi luar je. Akar dalam tu macam bengkok. Korek punye korek tak bole jugak nak cabut. So kena set appoinment lain. 28hb ni...

Setakat ni Alhamdulillah... Dah tak sakit gigi aku. Aku pun dah tukar ubat gigi atas nasihat dan pengalaman kawan kawan. Sekarang ni guna Colgate Total Pro Gum Health. Kadang aku guna yang pro relief tu. Harap harap sakit gigi tak datang menyerang lagi. Huhu..


*semua petua tu aku buat dalam satu malam yang sama. sungguh tak tertahan menanggung derita. hahaa


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..