Friday, August 23, 2013

..: Aidilfitri 2013 :..


Hahahahaaaa... Ni gelakkan diri sendiri ni ;p
Jap tengok kalendar. Hmmm... Hari ni... 16 Syawal. Ohhh baru separuh bulan. Kira ok laa. Takde la lambat sgt. Muehehehehehh ;D

Ntah lah. Aku punye la malasssss... Huiii... Gambar ade je. Cuma mungkin sebab aku tak sihat tu yang kureng je rasa. Aku sakit dari sebelum puasa hari tu. Pastu macam dah ok. Masa puasa aku sakit lagi. Demam teruk siap pengsan muntah bagai. Terawikh pun berapa hari je dapat pegi. Haiihhh... (-_-)

Aku gerak balik kampung hari Selasa malam. Nasib la adik aku bole drive. Dia la yang bawak keta sampai kampung. Benti jap kat Ayer Keroh sebab dia ngantuk. Ramai jugak yang benti tido kat R&R tu. Aku memang dah tak larat ape dah time tu. Huhu...

Sehari sebelum raya adalah sangat sakit. Masa raya pun aku tak sihat sangat lagi. Raya kedua pun sakit jugak. Raya dalam sakit aku tahun ni. Hmmm... Takpe lah, dugaan.. Nak tak nak kena terima je la kan. 

Hari last puasa tu adik beradik mak aku semua berkumpul kat rumah kitorang. Berbuka puasa ramai-ramai. Gambar takde sebab mood macam kelaut je bila sakit ni. Abah aku pun cakap fotografer sakit. Takde la amik amik gambar ni. Kakak kakak aku dah sibuk tolong Mak Nora kat dapur. Kakitangan dah kurang sorang kan. Huhuhu...

Ok dah la membebel tu. Bukan nye orang nak baca sangat pun. Gambar mane gambar?? Haaaa... Ni nak share. Tapi tak banyak sangat pun. Kira ok lah, yang penting gambar 5 beradik tu ade =)



..: Dari kiri : No. 1, 2, 3, 4, 5 =) :.. 




..: Kiri : Adik [Akim] & Abang [Uri] :..


Tahun ni si abang punye stail bergambar, kembangkan samping. Hahahaaa...
Bujang dua orang ni je yg sempat amik gmbr pepagi sebelum pegi sembahyang raya. Tahun depan In Shaa Allah yang sorang tu tak bujang dah. Hehehee... ;)



..: Abang abang ipar. Abg Din & Abg Nizam =) :..



..: Kakak sulong [Kak Iza] & Abg Din :..


..: Kakak tengah [Kak N] & Abg Nizam :..




Gambar bos dengan anak dan menantu. Sama sama poyosh. Hahahaa


Sesi bergambar tu pun dah petang. Pagi lepas sembahyang raya tu kami semua kumpul kat rumah Mak Ngah. Dalam tengahari balik umah, baru la sesi salam menyalam dan bergambar ni. Dah setel semua kami gerak ke Sedenak pulak. Rumah Mak Long sebelah abah. 


Jubah pink-purple tu Mak Long, yang pakai kain pelikat tu Pak Long. Yang tiga orang tu anak dia. Ada dua orang lagi takde dalam gambar. 



Lepas rumah Mak Long kami gerak ke Batu Pahat rumah Pak Anjang pulak. Pak Anjang ni abang kepada abahku. Lama jugak kat sini. Kalau datang rumah dia memang lama la besenye. Dari sebelum Maghrib sampai lepas Isyak. Makan kuih raya, makan ketupat, ayam masak merah, sambal goreng, ade soto sarawak lagi. Tapi aku tak makan. Cuma makan ketupat tu je. Ayam masak merah dia terbaeekkk...! Huhu..

Dah kenyang tu lepak kat buaian depan rumah. Amik amik gambar. Abg Nizam dengan si bongsu sempat tido lagi. Abah pun sempat landing kat kerusi urut. Owh masa ni Uri dah tak join. Dia kena berkhidmat untuk negara. Masuk keje shift petang.

Begitulah lebih kurang Raya 2013 aku. Ni untuk hari pertama la. Selain nya nanti aku tengok gambar ek. Ade ke tak. Hahahaa sian kan ;p




Mari kita akhiri dengan gambar Raya 2013 terpoyosh abad ini. Hahahaaa


\/






\/






\/





\/





\/



Agak agak sape yang paling poyosh di situ?? Hehehehehh ;D


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)