..: Borak kosong sebab macam boring :..


Boleh buat tajuk camtu? Haha.. Ofis dah mula lengang sikit sikit. Kalau ade yang keje pun aku rasa hati dah takde dah tu [aku la tu].. Pikir nak balik kampung je. Heheh!

Tahun ni aku ok ok je. Maksud aku dari segi shopping nyopping ni. Ade la jugak dok skrol sana sini kat poplook zawara nile bagai tu, ada jugak klik 'save for later'. Tapi later later lah ai beli. Huhu.. Handbeg kasut shawl sume pun aku tak beli baru. Wahhhh satu pencapaian nih! (>_<) Aku recycle je ape ade. Handbeg pun baru je beli sebelum puasa hari tu. So sila bersyukur apa adanye ye. Eceh!

Aku lebih pada nak belikan mak abah dengan adik adik je. Memang dari awal dah pikir nak belikan kurta je untuk yang lelaki semua tu. Untuk mak, aku belikan jubah. Sejak sejak ni memang diorang senang berpakaian camtu nampaknye =)

Semalam aku buka luar then lepas tu terus ke Bangi. Nak cari kurta dgn jubah tu. Kat Putra ni ade jugak KPDNKK buat jualan barang barang raya dengan baju bajuan sume tu. Tapi takde size sangat. Pastu kedai yang jual kurta cuma ada satu je. So tak banyak pilihan. Kat Warta Bangi memang banyaaakkkk pilihan. Harga pun ok la. Tapi ni kurta plain je. Bukan yang corak pelikat tu. Aku beli untuk abah dgn Uri. Akim dia dah beli sendiri masa pegi jalan TAR hari tu. Aku bagi duit, dia pilih sendiri baju dia. Sonang.

Masa jalan jalan tu ada jumpa satu jubah dress ni. Plain and kosong je. Cantek la jugak sebab dia princess cut tu. Kembang bawah. So aku belikan la untuk mak warna pepel. Settle tu then cari kurta abah dgn Uri plak. Ingatkan nak cari sama kaler tapi takde plak warna pepel untuk size abah tu. Beli warna hijau gelap gelap sikit. Uri punye macam warna coklat krim. Then jalan depan sikit ada lagi kedai jual jubah jubah ni. Well memang banyak pun la kedai sepanjang panjang tu. Saje dok belek belek, jumpa plak jubah warna hijau. So belikan la untuk mak. Dapat la diorang pakai sedondon walaupun tak exactly sama kaler tu. Tapi still nampak hijau la. 

Makanyeeeeeee baju plain pepel tu aku la amik.. Heheheee... Ni tak sengaja hokayyyy.. Bukan aku nak beli ponggg.. Haha! Tapi kena buat keje sikit la nak bagi dia tak nampak kosong sangat tu kan. Dalam kepala ni dah pikir gak memacam design nak tampal lace dgn nak jahit manik mutiara tu. Buat sepah sepah sikit. So takde lah nampak biasa sangat baju tu nanti. Semoga rajin! Huhu..

Untuk cuti raya... Aku cuti daripada Rabu smpai Isnin 4hb. Akim tahun ni raya kat sini dulu. Raya ke 4 baru dia dapat cuti. Smpai hari Isnin jugak. So nanti aku balik sini dengan dia. Setakat ni aku cuma berapa kali je bangun sahur. Huhu... Kebanyakan nya sebab terlajak dengan Akim dah sahur luar. Kalau tak sebab dua ni memang bangun je la walaupun minum air je. 

Apa lagi nak bebel yeh. Lama tak hapdet tetiba terus bebel kan. Takde gambar plak tu. Hahah! Tu je dulu setakat ni kot. Ok la dari takde coretan langsung untuk puasa tahun 2014 aku ni. Syukur sangat sangat tahun ni Allah kurniakan aku kesihatan yang baik. Dapat pegi terawikh. Alhamdulillah... ;)

In Shaa Allah panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi lepas raya nanti. Hehe.. 

Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..