..: SEtelah sebulan :..

Hi. Salam Ramadhan. Aku takde ape nak share pasal juadah sahur or buka. Cuma hari ni, 30hb Jun. Genap sebulan selepas majlis nikah aku dan Hadi pada 30hb Mei yang lepas. Alhamdulillah... Hari ni nak review pasal inai, mekap, baju, pelamin dan segala bagai. Mana gambar yang ada dalam henpon ni hah. Mari kita kasi share. Dah lepas sebulan pun kennnn... Hahahaa INAI Aku just gugel je 'lukis inai datang rumah di Kluang'. Hasil carian yang keluar bukan la semua kat Kluang pun. Tapi aku dapat la jugak cari. Akak ni dari Batu Pahat tak silap aku. Masa tarikh aku kawen tu memang ramai jugak yang amik tarikh tu. So kena booking awal sebab takut nanti penuh. Dia datang lukis pun petang sehari sebelum nikah which is just nice la kan. Bayar deposit RM10 sahaja. Selebihnya setelkan lepas akak tu siap lukis inai. Aku tak ingat nama akak ni (haha!) Kak ani ke kak anim ke camtu la kot. Ke nama lain eh. Hahahaa... Tak kisahla, yang penting aku rasa cantek inai di...