..: tanpa gambar :..


Ada beberapa episod tertunggak sebab kabel henfon tak bole connect betul betul dengan pc. Nape ntah. Nanti lah bila dah bole baru aku transfer gambar semua. Ni kita borak je la tanpa gambar. Episod kosong. Huhu...

Hujung minggu yang lepas ni, aku balik Muar. Kampung sebelah emak Hadi. Ada kenduri kawen sepupu Hadi lagi. Kali ni sepupu lelaki pulak. Tapi aku bukan pergi rewang kat rumah pengantin. Rewang kat rumah yang semua family kaum keluarga sanak saudara jauh dan dekat datang berkumpul. Memang meriah. Penuh rumah. Bayangkan lah rumah kampung paten dedulu tu kan luas. Tapi ni boleh penuh. Dapur penuh depan penuh. Dari Singapura pun datang. 

Dah panas berdenting ting ting kan. Dah mandi pun rasa taknak keluar bilik air sebab duduk dalam tu sejuk je. Lagi plak rumah kampung. Memang air kolah rasa nyaman je. 

Aku buat buat sibuk tolong makcik makcik masak untuk lauk makan beradab. Lauk ikan tiga rasa, sotong sumbat, sambal telur puyuh, ayam percik, buah belimbing. Campur dengan buat air dan masak untuk saudara yang datang dari Singapura tu jugak. Makanan macam macam ada. Lontong yang memang asli buatan kampung. Dalam daun pisang tu. Pastu ada ketupat palas. Ada goreng pisang hasil daripada kebun kat kampung tu. Gemuk gemuk pisangnye. Ada jambal kunto. Air kopi o teh o teh tarik semua ada. Sambal kicap, sambal kacang, sambal cicah jambal kunto. Huiiii nikmatnye duduk kampung dapat makan benda fresh dan sedap sedap.

Aku bersyukur ditemukan jodoh dengan Hadi ni sebab, dia masih ada kampung. Mak dia masih rajin balik kampung. Masih ada cara hidup kampung. Dapat la aku merasa rumah kampung walau separuh papan separuh konkrit. Tapi rasa lah bila tido malam sejuk kemahen tapi bila siang panas macam dalam sauna (>_<)  Kampung family aku dah takde rumah papan. Dah robohkan and bina rumah baru yang semuanya konkrit.

Bila kat kampung nanti pepagi mak mertua aku akan jalan keliling rumah dengan adik adik dia. Kalau nak buat nasi goreng kampung, pergi petik cili padi. Kalau nak masak lauk, pergi petik sayur. Tengok, makan benda tanam keliling rumah je. Jimat dan segar. Pisang pun dari kebun sendiri. Memang beza betul dengan tempat kita. Kadang kalau beli goreng pisang tu agaknya sebiji dipotong empat kan. Nipis je pastu mahal. Huhu...

Family Hadi ni pun jenis yang mengutamakan kaum lelaki/suami suami. Kalau makan, hidang untuk yang lelaki dulu. Dah siap semua baru giliran yang perempuan pulak. Bila dah kumpul reramai tu nanti bilik mesti tak cukup kan. So diorang asing lelaki dengan lelaki pompuan dengan pompuan. Tido pun same. Memang ada bilik khas untuk perempuan saje. Semua yang perempuan kumpul situ. Jadi takde la segan sangat kalau nak salin salin baju ke. Dalam tu jugaklah kalau nak bukak tudung pun.

Kat rumah kampung ni jugak line takde sangat. Lagi lagi bila kat dapur. Kalau kat ruang tamu atau anjung rumah baru la ada sikit. Tu pun kena pandai cari port. Tapi memang family diorang jenis tak kisah sangat pun henfon ni. Aku pun terikut sama. Bila kat kampung memang takde kisah nak selfie ke nak update status ke ape ke. Layan borak dengan makan lagi bagus. Hehe...

Hari Jumaat tu kitorang sampai Muar pun dah kul 1 lebih camtu. Sampai, borak borak jap pastu dalam kul 2 lebih ke 3 camtu tido. Kul 4.30 dah bangun menguli jambal kunto nak buat makanan tambahan masa kenduri kawen tu. Jambal ni katenye asal dari Singapura tak silap. Nama glamer dia Jenny Cake. Stat daripada bangun kul 4.30 pagi tu sampai ke malam aku tak tido dah. Dah la panas giles. Penat plak tu. Petang dalam kul 6 camtu aku dah weng dah. Macam dah high gitu kan. Mata rabak tak payah cakap la... (-__-)

Malam tu sempat la masak sup sayur dengan goreng ikan untuk makan malam plak. Makcik makcik buat sambal belacan dengan masak nasi. Siap masak tu aku mandi, makan pastu jangan tanya lah aku kemana kalau dah daripada pagi tak tido. Memang terbarai lah jawabnye.

Kalau ada gambar lauk malam tu mesti rasa lapar ni. Lauk simple kan yang paling sedap sekali. Nasi panas panas pulak tu kan. Huiiii.... Nanti bebila nak masak lagi lah camtu kat rumah. Kita tengok berapa banyak Hadi tambah nasi. Eceh!


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..