Posts

..: ruang sempit tiga tingkat sudah dikemas. wehuuuu... :..

Image
Bukanlah rumah atau bilik. Mari kita pergi untuk sesuatu yang lebih kecil. Macammmm..... dapur? Ouh, itu pun dikira agak besar jugak ye [untuk aku] . Kecil lagi. Lagi kecil sikit.  ..: bilik 3 tingkat  almari aku atau bahasa mudahnye, gobok. Heheheee ;p :.. Almari ni sekali dengan tempat untuk sangkut baju dan baju yang telah dilipat. Sebelah kanan tu tempat sangkut sangkut baju. Ada jugak ruang untuk baju yang dilipat. Tuala dengan kain batik spare untuk tetamu pun letak kat sebelah kanan tu. Bawah ada empat laci untuk baju baju yang dilipat jugak. Bila tutup bilik bahagian ni, ada cermin kat depan dia. Dan pintu gobok ni adalah sliding dua pintu.  Aku lupa nak amik gambar sebelum dikemas ni. Setelah beberapa tahun selepas kali terakhir dikemaskini, ini adalah rupabentuk yang terbaru dan terkemas untuk tahap orang macam aku. Hahaaa  ..: tingkat 1, yang paling atas sekali :.. Okeh, aku pun kepelikan dengan warna phink tuh. Tapi redho yo lahhh.... ;D Yan...

..: bunga tanpa tangkai. mari pilih! :..

Image
Cantek cantek maaaa.... Macam macam kaler hadeeee.... ;) Errrr..... sebenarnya lima jek. Gebang macam ade banyak nooooo.... Hahahaaaa ;p Cantek kan brooch ni. Tengah 'in' skang. Huhuu Daa.... =)

..:di sini ;) :..

Image
Cuaca terasa panas dari biasa. Mungkin sebab di utara. Hapdet later later. Daa..... =)

..: purple dan putih :..

Image
Ada kedai makan baru bukak di kampung halaman. Bukan sekadar kedai makan, ada jugak minuman dan cermin. Eh? Apa kena mengena cermin pulakkk?? Haaaa.... Bila berkaitan dengan aku, mestilah ada kena mengena dengan cermin. Huhuuu.... Kedai ini diperkenalkan oleh Kak N. Warna dia cantek lah. Macam warna kek. Tengok, masih membayangkan makanan jugak sebagai contoh. Haihhh.... Mari lihat susun atur dalaman.... Kerusi meja dinding siling kipas semua berlatar belakangkan warna ungu dan putih. Kipas dia ni bentuk tengah tengah dia tu macam telur. Nampak unik la jugak. Mari kita lihat makanan dia pulak.  ..: ini air epal asam boi dan salad untuk kak N. Salad dia sedap jugak tapi sedikit sangat lah portion dia. Tak puas aihhh.... :.. Roti bun bakar dan ABC untuk aku. Emm.... ok laaa... Cuma aku rasa macam kurang sesuai bila nak minum ABC dalam gelas yang selangsing dan setinggi ini. Sebab agak susah nak kaut segala macam isi ABC macam kacang, jagung, kacang merah, ...

..: bagi can la si kecik ni.... :..

Image
Orang baru dapat kaki [baru pandai jalan] , gitu lah gayanyee... Segala ceruk nak pegi. Semua tempat kaki dia nak singgah. Memang tak reti penat sungguh.  Dah habis separuh episod kita tengok raisha je, jom kita tengok pulak mereka mereka di samping raisha. Yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan beliau untuk berjalan itu. Okeh, ayat buku teks bajet dramatik ;p Sudah sudah la tu. Yang layan raisha tu sume Raisha dah penat dah. Jom kita charging dulu ;)  Yang paling pentingggggg..... Kita minum duluuuuu!!! ;D Daa.... =)

..: tidak sekata :..

Selangit namun warnanya tidak senada. Kadang di sini mentari bersinar. Penuh ceria dan terang cahaya sinarnya. Tapi di sana pula mendung berduka. Tatkala di sini hujan mencurah. Di sana cuba memancarkan mentarinya. Di sini angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Namun di sana ribut taufan puting beliung pula melanda. Disangka langit kan cerah hingga ke petangnya. Tetapi di subuh hari titik titik gerimis sudah menuruni langitnya. Bilakah langit ini akan sekata? Atau akan terus berbeza? Bimbang langit tidak mampu menahan. Lalu mencurahnya hujan. Yang tidak tertadahkan. Langit berganti waktu. Siang dan malam. Terang dan kelam. Yang pasti ia akan tetap di atas. Warna siangnya biru. Malamnya hitam. Jika tanpa bintang, semakin pekat hitam itu. Daa.... (-_-)

..: kanta lekap pelbagai warna :..

Image
Aku beli kanta lekap ni secara online. Beli empat percuma satu. Jadi kita ada lima pasang di situ ye. Macam macam kaler ada. Pilih je mana yang rasa sesuai dan berkenan di hati dan minda dan poket ;) Botol pun dah kiut miut kan. Ape tah lagi yang memakainye tu. Hakhakhaktui ;p Ada lima pilihan warna. Aku amik Light Grey, Celeb Super Nudy Grey & Brown, Crystal i.grey & i.hazel.  Tiga warna dah dibuka. Ada lagi dua masih dalam simpanan. Sepasang lense tu tahan untuk setahun. Kalau kamu orang pakai satu pasang satu tahun, maka lima tahun tak payah beli lense dah. Ngeeeeee.... Amaran : Gambar di bawah menggerunkan. Kerana muka model adalah bersaiz sebesar rumah. Dengan keadaan tanah yang tidak rata [read : jerawat sana sini] dan juga biji mata yang sebesar bola tenis. Harap maklum. Jangan "tanjat maimon" pulak tauuuuuuuu.......  ..: omakau! masamnye muka :.. ..: ha. pandai pun senyum ;)  ini adalah lense Crystal i.Grey bersaiz 14.5mm :....