..: Adikku Kawen. Part 1. Nikah :..


Hi, assalam...

Aku ni rasa penat tu berganda ganda. Baru selesai uruskan kursus 3 minggu kat Sungai Petani, Kedah. Dari 16 November sampai 5 Disember. Balik tu esoknye aku pergi jalan jalan KL mencari barang. Weekend yang baru je lepas ni, adik aku si Uri tu kawen dah. Family semua berkumpul kat rumah aku. Termasuk pengapit dan kawan baik Uri, tambah lagi anak angkat mak aku. So memang penuh dan kecoh lah rumah. Itu la yang best pun kan. Nikmat bila berkumpul tu. Tido bersepah. Segenap penjuru ada je yang landing. Hehehe...

Jadinye penat tu memang tak surut lagilah nampaknye. Hujung minggu ni aku balik kampung nak tolong pape yang patut sebelum majlis sebelah lelaki 27hb ni. Lepas majlis pihak kami tu lah baru dapat nak rehat kejap (kot) sebelum masuk tahun baru dan sambung balik kerja outstation aku nih. Huhuhu...

Okeh takmo cerita pepanjang. Jom lah kita tengok gambar pengantin yang dah selamat bernikah pada 13 Disember 2014 (Sabtu) di Masjid Al Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur =)



Haha.. Macam bese lah. Kena la tepek muka sendiri dulu. Dengan sahabat terpaling sahabat. Hahah! Idot peknen lagi. In Shaa Allah due bulan 2 nanti.



Atas tu hantaran dari pihak perempuan. Yang pinky ni hantaran dari pihak lelaki.


Man of the match day. Debor pengantin time nihhh... Hehehee...


Pengantin perempuan yang cantekkkk! Puji bukan sebab dia nak jadi adik ipar aku tapi sebab memang mekap dia lawa tak over sangat. Shawl dia pakai tu pun lawa. Simple but nice je.. 




Posing adik beradik. Cuma aku tak ingat masa ni sebelum ke selepas nikah. Hahahaa...



Saat yang dinanti nantikan. Bapak pengantin perempuan sendiri yang nikahkan diorang ni ;)



Alhamdulillah sekali lafaz... Dah selesai tu biasalah kan, pengantin akan salam ahli keluarga semua. Masa ni memang sebak. Huuuuu... 





Nampak tak dah malas nak letak caption. Bhahahaaa! Ini masa upacara membatalkan air sembahyang. Ada rantai seutas tapi adik aku tak pakaikan masa ni. Simpan later later lah. Hehe...



Yeayyy!! Kami dah dapat adik ipar pompuannnn!! Lepas ni tambah lah geng posing mosing. Heheheee (^_^) Welcome to the family!


Selamat Pengantin Baru adik adik ku.. Semoga kekal bahagia ke akhirnya hingga ke syurga. Sentiasa bercinta, berkasih sayang dan muafakat. Semoga dipermudahkan perjalanan rumahtangga kalian menuju ke JannahNYA. Semoga dilimpahi rahmat Allah, diberkati dan diredhaiNYA jua. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga segalanya yang baik baik saje. Dan semoga segala dugaan, susah senang akan sentiasa menyatukan kalian. Aamiin... *okeh sebak taip nih. over* (-_-)

Kita sambung sanding pihak pompuan nanti part 2 okeh. Dah malas nak pilih gambar. Hahah! 


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..