Wednesday, December 17, 2014

..: adikku kawen. Part 2. sanding pihak pompuan :..


Hi, Assalam...

Kalau ikutkan hati aku masih kemalasan nak hapdet blog nih. Lebih suka baca blog orang, cerita orang, tengok gambar orang daripada nak hapdet cerita sendiri. Haha! Tapi sementara tengah free dan takde keje sangat ni (hamboih) marilah kita sambung cerita pasal wedding adik aku tuuu...

Nikah Sabtu 13hb, sanding pihak pompuan esoknye hari Ahad 14hb. Lepas nikah tu kami yang pihak lelaki ni semua tinggal kat homestay dekat area Wangsa Melawati tu jugak. Takde la jauh sangat nanti nak pegi ke dewan tempat sanding tu. Masa nikah tema kami kaler hijau. Untuk sanding ni kami pakai kaler purple plak.

Sebelum berarak haruslah posing dulu. Huhu..

Ini adalah anak saudaraku yang sulung ye. Okay okay aku tau nampak macam adik aku kan kan kan. Hahah! Dah form 1 ni. Tinggi pun dah dekattttt sangat dengan makcik dia nih. Huhu..


Bersama kakak kakak. Lepas ni kita genap berempatlah. Sebab dah tambah ahli. Hehe..




Pengapit Uri ni antara kawan dia yang paling sengal (haha) dan dah biasa dia bawak datang rumah aku. Dah macam adik aku jugak. Nanti kat bawah bawah ni aku masuk gambar dia, kita tengok perangai dia yang masuk air tu ye.. Hehe..


Diorang takde sanding sanding baling baling bunga rampai tu. Sampai dewan kami terus makan. Pastu baru pengantin naik kat pelamin untuk amik amik gambar. 


Ini gambar sepatutnya dengan mak abah je. Tapi pengepit dua orang kat belakang tu macam blur taktau nak turun ke nak join skali. Sudahnye join je lah amik gambar skali. Hahahaa... Jadi pengapit ni memang blur tau kadang. Ye lah, orang nak amik gambar dengan pengantin. Pengapit ketepi. Nanti bila pengantin peluh ke, nak betulkan veil ke kain ke, cari pengapit. Kena tebalkan muka pun ye jugak bila jadi pengapit nih. Huhuhu...


Ma familiaaaa... Sudah bertambah ahli. Dedua pompuan. Hehehe... (^_^)



Gambar dengan sedara mara. Terima kasih bebanyak kat diorang semua yang datang jauh jauh dari Kluang =)


Okeh jom kita tengok pengantin posing dengan kawan kawan dia plak. Gambar yang sopan sopan tu sekadar lakonan je tu. Yang senget kepala sana, angkat kaki sanan sini, haaaa itulah yang sebenarnya. Haha..
 






Ini kawan kawan pengantin pompuan. Geng Converse high cut. Cung melecung ohhhh! Masa ni lah nak pasang badan kan, nak cuci cuci mata.. Yang bujang la. Yang dah berpunya tu sori la yeh. Eh aku taulah. Aku pun pernah melalui zaman zaman ni. Kihkihkih... ;p



Pengantin sibuk bergambar kat dalam..










Kitorang bergambar kat luar. Hehehe... Gambar pengapit tu comel kan. Maksud aku pengapit pompuan tu lah. Pengapit lelaki tu comot! Haha.. Gambar yang senget tu aku malas nak pusing. Pepandai korang lah. Ni semua gambar dari wasap. Gambar yang atas ni, depan skali tu pun kawan baik Uri jugak. Pun dah biasa datang rumah aku. Yang baju pepel belakang tu anak mak aku jaga dari baby. Sampai sekarang panggil mak aku tu 'mak'. Yang Akim tu takkan tak kenal plak. Adik bongsu tu. Huhu..

Dah selesai semua, kami mintak diri dulu. Tinggalkan pengantin dengan family baru dia. Alahai... (-_-") <---- Ni bukan sedih tau, ni macam... Ermmm... Ntah. Adik aku dah kawen dah.. Haa gitulah lebih kurang. Hahahaa..


Jom layan sikit gambar masa diorang buat outdoor session. Ni pun gambar dari wasap gak.







Nampak betul tunjang adik aku dalam gambar nih. Muahahahaa! 
Ok dah sikit je kita bagi tengok. Nanti sian photographer diorang. Dah tak esklusif plak gambar gambar yang dia amik ni kan. 

Selesai dah majlis sebelah pompuan. Tunggu nanti hapdet seterusnya untuk majlis sebelah kami plak 27hb ni yeh.


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)