Wednesday, December 24, 2014

..: to-do list :..


Aku ni memang orang yang kena ada to-do list ni. Semua benda pun nak tulis tauuuu... Sebab takut ada yang tertinggal. 

Sebelum ni kalau nak pergi kursus, sebelum packing barang tu aku start dah bawak kuar buku nota kecik dengan pen. Start lah aku catat barang barang nak bawak tu. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Luar dalam semua. Haha! Orang kata, siapa yang buat camni, orang nye teliti (lah sangat!) Muahahaaa... Takdo makno dooo.. Aku ni semberono jugak. Haaa kan dah kuar jawa tu. Kira macam sebarang jugak lah. Asal boleh je kadang tu..

Tapi sekarang ni benda tu macam dah tak praktikal untuk aku. Mungkin sebab keje sekarang yang dah selalu sangat outstation, sampai kadang tu beg pun aku tak unpacked. Balik hari ni, besok keluar lagi bawak barang yang sama. Hangkut je lah beg tu. Huhu...

Mungkin jugak sebab aku main pakai ingatttt je. Eh, ingat ke? Haha! Tu yang kadang dah turun lif baru lah teringat tertinggal charger lah itulah inilah. Pastu dah malas nak masuk rumah balik. 

Lagi satu, aku ni jenis longgok je semua baju yang aku rasa nak bawak. Tak kisahlah balik kampung ke outstation ke. Mane yang teringat, aku capai pastu aku longgok setempat. Belum lipat lagi baru longgok je. Nampak tak camne perangai malas tu.. Hahahaa...

Nanti bila dah hujung hujung waktu barulah duduk bersila dan lipat masuk beg. Ada jugaklah baju yang sudahnye tak bawak pun. Selalu over tau. Hehe.. 

Walaupun dah longgok barang sehari dua awal, tetaplah last minit jugak packing masuk beg. Pagi pagi bangun menggelupur kemas cepat cepat masuk dalam beg. Hahahaa...

Okeh episod ni memang takde hala tuju. Cuma nak bagitau yang aku dah mood nak cuti tetiba ade keje plak. Ceh sangat! (-_-)

Niat di hati nak gerak awal pagi besok. Dalam kul 4 ke 5 camtu. Paling lambat pun mungkin  lepas Subuh la. Balik kampung ni untuk majlis Uri pihak kami plak, pastu sambung cuti sampai tahun depan terus. Wahh!


Masalahnya sekarang, beg belum packing ape pun lagi. Haha! Ok bai.


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)