..: Maaaaakan je! :..

Hi. Selamat hari Rabu ;)

Tajuk memang dah takde idea. Huhu.. Sebenarnya memang betul. Aku asyik makaaaannn je. Seminggu lepas aku handle kursus di INTAN Kluang, Johor. Memang 6 kali sehari makan. Belum campur yang keluar ngeteh ngopi semua lagi tuh.

Habis je kursus aku terus balik rumah. Eh, rumah aku dengan INTAN Kluang tu selang dua trafik light je. Apehal taknak balik pulak kan. Hahaha.. Lagipun ada wedding kazen aku kat Batu Pahat. Haruslah attend. Ok makan lauk pengantin pulak (-_-")

Majlis kahwin saudara sendiri kan, makan berapa round pun apedehal. Ada cendol jugak, buah buahan, kek dan segala jenis kerepek rempeyek tumpi dan lain lain. See, makan lagi. 

Hari Ahad balik Putrajaya. Isnin start keje, makan tak berapa sangat. Tapi mengunyah tu sentiasa. Hahah! Malam keluar makan. Ok kalau nak diet kena kurangkan makan malam. Tapi aku malam baru makan berat. Ape kes?? 

Selasa aku keluar awal pegi opis sebab nak singgah bayar duit kereta dulu kat mesin deposit Bank Islam. Sebelah bank tu ada cafe, singgah jugak lah beli makanan. Megi goreng + telor mata + sambal tumis dengan kuih faveret 3 biji. Malam keluar pegi TBS nak beli tiket balik kampung. Sebab malas nak drive sesorang. And nak save bajet (huhu). Lepas tu pegi makan kat Teh Tarik Place di Ayer8 tu. 

Hari ni, Rabu. Kat opis ni ada orang yang jual jual makanan tu. Aku beli nasi lemak dengan sosej cheese dua ketui. Sambal nasi lemak tu sodap! Padahal aku bawak bekal nasi goreng hokayyyyy! Haha burok betol perangai!

Ni aku baru lepas makan. Terus meluah cerita kat sini. Dah lama rasa horror tengok diri sendiri kat cermin. Pakai apa pun rasa serba tak kena. Melebar di sana sini. Memang la tinggi orang kata tak nampak gemuk. Tapi bila dah melebar tu, tinggi pun dah tak nampak jugak. Paling horror adalah peha dan lengan. Sasa gila! (-_-")

Esok cuti sampai Ahad. Balik kampung. Memang konfem makan lagi nih. Aku nekad minggu depan hari Isnin memang nak kena start diet and senam. MESTI! Hamboih semangat sangat. Haha.. Harap semangat kuat dan aku nak fit balik. Cayokkkkk!!

Selamat berhujung minggu yang panjang! (^_^)


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..