..: MALAM TADI :..


Abah aku ada kat Bangi sekarang ni. Kursus dari semalam (Rabu) sampai esok (Jumaat). Kalau dia datang naik bas biasanya memang dia akan stay rumah aku. Pagi aku hantar dia ke ILSAS kat Bangi tu. Lepas tu baru aku pegi opis. Tapi ni dia datang dengan kawan kawan dia so dia stay kat asrama dalam tu je.

Malam tadi ambik abah lepas maghrib and bawak dia kuar makan. Akim pun ada sebab dia balik keje petang. So angkut lah dia sekali.


Bawak abah makan kat Bangi je. MZ Kafe, kedai yang besar tepi jalan tu. Lepas flyover. Memang besar ah kedai dia. Tapak kedai pun besar. Siap ada tempat parking dengan surau semua. Pilihan menu pun banyak. Haruslah order pun banyak jugak kan. Haha..


Owh. Janganlah mengharapkan adanya gambar makanan di sini. Aku takde ambik ambik gambar pun. Malas kot. Lagipun masa yang ada tu baik la layan sembang dengan abah kan. Huhu.. Cuma aku listkan apa yang kitorang order malam tadi. Dan total harga semua sekali berapa yang kena bayar.

Air:
Teh O ais laici (Akim)
Apple asam boi (aku)
Limau panas (abah)

Makan:
Nasi goreng kampung, telur dadar dan sup kosong (abah & Akim)
Nasi goreng kerabu (aku)
Sate (makan sesama):
5 cucuk sate perut
5 cucuk sate ayam
5 cucuk sate daging
Siap set dengan kuah kacang, bawang dan timun

Total semua RM37.90

Mahal ke murah? Hehe..

Yang ok nye tu, aku rasa sebab dia ada banyak gerai tapi bayar kat satu kaunter je. So senang keje. Takdelah sekali hantar makanan ke air ke, dah kena bayar. Nampak la proper sikit bila diorang buat macam ni. Kedai memang besar gila. Pilihan makanan pun memang macam macam lah. Ada yang set nasi hidang dengan lauk semua tu. Goreng goreng macam kitorang makan pun ada. Ikan bakar, mee celup, sate, yang ringan ringan macam kentang goreng semua tu pun ada. 

Lepas ni mungkin akan datang lagi bawak ramai ramai plak. Boleh try makan set nasi lauk semua tu.


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..